Raja Permaisuri Agong Terharu Lihat Sambutan Rakyat Sabah, Sanggup Duduk Tepi Jalan Nak Bersalam

4 Sep 2023 • 11:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam telah bermulanya Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Sabah.

Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 3 petang telah disambut Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan jemaah menteri Kabinet negeri.

image is not available

Permaisuri terharu rakyat sambut sepanjang jalan ke hotel

Menerusi perkongsian Instagram Istana Negara, baginda berdua telah berkenan menyantuni rakyat yang teruja menanti keberangkatan YDP Agong dan Raja Permasuri sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel.

Rata-rata dilihat sanggup berpanas di tepi jalan demi mendapatkan peluang untuk bersalaman dan beramah mesra dengan baginda berdua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Malah dapat dilihat juga, YDP Agong memandu sendiri kenderaan sambil ditemani Raja Permaisuri, yang mana kereta itu difahamkan telah berhenti beberapa kali untuk bergambar dengan penduduk di kawasan itu.

Dalam satu perkongsian lain, dapat dilihat Raja Permaisuri Agong menangis terharu melihat sambutan yang mereka terima ketika tiba di Tawau.

Lebih mengharukan, rata-rata penduduk di tepi jalan dilihat berlari-lari anak mengejar kenderaan yang dipandu Tuanku. Hebatnya sambutan rakyat…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

“Sebak and meremang bulu roma tengok video ni”

Video itu telah menerima pelbagai komen dari netizen yang turut sama terharu dengan penghargaan diterima Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dari rakyat jelata di sana.

image is not available

Seronok tengok orang Sabah berdiri tepi jalan nak jumpa Agong!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.