Penulis blog, Raja Petra meninggal dunia

LocalPolitics
10 Sep 2024 • 9:14 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

Menerusi laporan daripada FMT, kematian Raja Petra disahkan oleh adiknya, Raja Idris.

“Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada Isnin (9 September) di Manchester, UK,” katanya dalam teks ringkas kepada FMT.

Dalam hantaran menerusi Facebook Malaysia Today, isterinya memaklumkan Allahyarham meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah dan telah merebak ke paru-paru dan hati.

Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK merupakan pengendali laman web Malaysia Today dilahirkan pada 27 September 1950.

Beliau telah menetap di Manchester, UK sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Alice Smith dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum melengkapkan pendidikannya di Victoria Institution.

Allahyarham berkahwin dengan Marina Lee Abdullah pada 14 April 1973 dan mempunyai lima anak dan dua orang cucu.