Raja termuda dunia dikebumi

14 Sep 2026 • 3:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Raja termuda dunia dikebumi

KAMPALA: Beribu orang berkumpul di Ugan­da pada Sabtu untuk memberikan peng­hor­matan terakhir ke­pada seorang raja yang termuda di dunia.

Raja Oyo Nyimba Kabamba Iguru Rukidi IV, yang menaiki takhta pada usia tiga tahun dan memerintah Kerajaan Tooro di negara Afrika itu selama 31 tahun, meninggal dunia baru-baru ini pada usia 34 tahun ketika menjalani rawatan kanser di Amerika Syarikat (AS).

Guinness World Records mengiktirafnya sebagai raja termuda yang sedang memerintah di dunia.

Kematian Raja Oyo mencetuskan perti­kai­­an sengit menge­nai peng­gantian takh­ta, de­ngan ibunya men­dakwa bahawa beliau dan anggota keluarga diraja lain dikenakan tahanan di rumah.

Jawatankuasa pemi­li­han daripada puak di­raja Babiito mengumumkan pada Rabu bahawa Putera Edward Rukidi Kijanangoma, pembaca berita penyi­ar awam UBC, dipilih un­tuk menggantikan sepu­punya sebagai raja.

Bagaimanapun, ke­pu­tusan itu ditentang adik mendiang raja, Puteri Ruth Komuntale.

Beliau mengemukakan wasiat yang menurutnya disediakan pada 2022. Wasiat itu mena­makan anak kandung lelakinya sebagai pe­wa­ris, tanpa mendedahkan nama­nya.

Perkara itu mengejut­kan ramai anggota elit Tooro, yang tidak pernah mendengar mengenai anak berkenaan dan tidak memasukkan namanya dalam undian penggantian takhta.

Uganda ialah sebuah republik tetapi secara rasmi mengiktiraf empat kerajaan tradisio­nal, yang berperanan terutama sebagai institusi kebudayaan dengan kuasa politik terhad. – AFP

 

The post Raja termuda dunia dikebumi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved