Rajan Paramesran dilantik sebagai CEO MARC Ratings baharu

Business & Finance
4 Aug 2023 • 10:10 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rajan Paramesran dilantik sebagai CEO MARC Ratings baharu

zulfadli

04/08/2023 - 10:10

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) mengumumkan beberapa pelantikan baharu, termasuk Rajan Paramesran sebagai ketua pegawai eksekutif baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2023.

Firma penarafan itu memaklumkan, setelah menyertai MARC pada 2008, beliau telah menjadi ketua pegawai penarafan MARC sejak 2014.

"Dengan lebih 38 tahun pengalaman luas dalam industri perkhidmatan kewangan, beliau kini menyelia operasi penarafan. Sebelum menyertai MARC, Rajan memegang pelbagai jawatan di institusi berprestij, termasuk Peregrine Fixed Income Ltd dan BNP Paribas," katanya dalam kenyataan media di sini.

Sementara itu, Hafiza Abdul Rashid pula dilantik sebagai ketua pegawai penarafan baharu MARC Ratings.

Beliau telah berkhidmat sebagai ketua portfolio penarafan untuk infrastruktur dan telekomunikasi sejak 2019 dan kemudiannya memegang jawatan sebagai timbalan ketua pegawai penarafan mulai September 2022.

Selain itu, Badrul Hisham Zawawi menjadi ketua pegawai komersil MARC sejak Jun tahun ini, membawa masuk pengalaman perbankan komersial berpengalaman selama 25 tahun.

Seterusnya, Ray Choy ialah ketua ekonomi baharu MARC. Beliau mempunyai 21 tahun pengalaman dalam bidang kewangan termasuk penyelidikan ekonomi, pertukaran asing, analisis komoditi, pengurusan dana, pelaburan ekuiti dan penarafan risiko kredit.

MARC juga mengumumkan promosi dua ketua portfolio utama. Sharidan Salleh dilantik sebagai ketua kanan portfolio penarafan untuk minyak dan gas, dan kuasa, manakala Taufiq Kamal dinaikkan pangkat sebagai ketua kanan portfolio penarafan untuk hartanah, konglomerat dan perkhidmatan automotif. - DagangNews.com