Rakam anak buat pengakuan maaf berkaitan kereta, gerak geri ND Lala jadi perbualan

Entertainment
24 Aug 2023 • 3:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah, Fauziah Sarman telah mendedahkan tindakan wanita yang membuatkan bekas suaminya, ND Lala tidak pulang ke rumah sehingga membawa kepada perpisahan mereka.

Dalam perkongsian tersebut, Fauziah juga mengatakan anak lelakinya turut dituduh mencuri kereta dan dilaporkan ke pihak polis.

Kali ini, wanita berkenaan telah memuat naik pula video sewaktu anaknya dipaksa untuk membaca pengakuan bertulis serta menandatangani permohonan maaf walaupun ia bukanlah kesalahannya.

Lebih menyedihkan, tindakan tersebut dirakam sendiri oleh bapa kandungnya iaitu ND Lala atau nama sebenarnya, Datuk Amir Amzah bersama isteri baharu.

“Macam sesuatu je ND Lala ni”

Menjengah ke ruangan kapsyen, ramai yang perasan gerak-geri ND Lala seakan pelik lebih-lebih lagi ketika dia merakam video anaknya membaca pengakuan bertulis tersebut.

Mereka juga berharap agar ibu kepada Shila Amzah itu ‘move on’ dan tidak lagi memikirkan rumahtangganya yang sudah dimusnahkan seorang wanita yang telah dianggap seperti anaknya sendiri.

image is not available

“Fokus anak2 dan cucu sajalah Mamazie”

image is not available

Nampak betul berubah

image is not available

Minta anak hantar kereta, sekali kena rakam macam tu pula

image is not available

Ada yang pernah berhadapan dengan situasi macam ni

image is not available

Terdahulu, Fauziah memaklumkan yang bekas suaminya telah melafazkan talak pada 2 Ogos lalu iaitu beberapa hari sebelum anak sulungnya mendirikan rumah tangga.

Dia juga memuat naik tangkapan layar mesej suara yang dihantar ND Lala bagi mengesahkan lafaz cerai pada 8 Ogos 2023. Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 34 tahun dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata serta dua orang cucu.

Sumber: TikTok mamazie, Instagram mamazie68