Rakam bukan untuk viral tapi untuk bukti”- Dikecam Kerana Rakam Kanak-kanak Hampir Lemas Tapi Tak Bantu, Kakak Lelaki Ini Jelaskan Perkara Sebenar

Entertainment
5 Apr 2025 • 3:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan kanak-kanak hampir lemas setelah dihanyutkan arus deras di dalam longkang ketika hujan lebat di Kota Masai, Johor pada Jumaat lalu.

Susulan rakaman yang tular itu, netizen telah mengkritik tindakan individu yang merakam kejadian tersebut kerana individu itu didakwa hanya merakam namun tidak membantu menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Memetik laporan terkini daripada Sinar Harian, kakak kepada individu tersebut kemudiannya menjelaskan perkara sebenar untuk mengelakkan salah faham terhadap adiknya itu.

Difahamkan, adiknya iaitu si perakam video tersebut tidak boleh berenang, jadi dia tidak dapat turun ke kawasan longkang itu untuk membantu mangsa.

image is not available

Selain itu, kakaknya juga menjelaskan bahawa adiknya itu hanya merakam kejadian itu sebagai bukti sambil meminta pertolongan dan bukannya kerana mahu menularkan video kejadian tersebut.

image is not available

Adiknya itu kemudiannya berkongsikan video tersebut di dalam group keluarga sebagai bukti jikalau kanak-kanak itu betul-betul lemas.

Wanita ini turut mendakwa bahawa bukan adiknya yang menularkan video tersebut sebaliknya individu lain pula yang berbuat sedemikian.

Menurut wanita itu juga, sebelum kejadian, adiknya ada menegur kanak-kanak itu agar tidak bermain di situ.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut kemudiannya berjaya diselamatkan oleh dua orang penunggang motosikal yang berhenti untuk membantu mangsa dengan menarik kanak-kanak itu keluar dari kawasan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.