Rakam Lelaki “Random” Saja-saja 4 Tahun Lepas, Tak Sangka Rupanya Jodoh

27 Oct 2025 • 1:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rakam Lelaki “Random” Saja-saja 4 Tahun Lepas, Tak Sangka Rupanya Jodoh

Betullah orang cakap, jodoh itu memang rahsia Tuhan. Kadang-kadang, tanpa kita sedar, seseorang yang cuma ‘lalu’ sekejap dalam hidup kita, rupanya itulah insan yang tertulis menjadi pelengkap hidup kita.

Begitulah kisah manis seorang wanita yang tular baru-baru ini apabila berkongsi detik bahagianya kini bergelar isteri. Siapa sangka, perjalanan cinta mereka cukup unik.

Bermula dengan satu rakaman video “random”, berakhir di pelaminan

Kisahnya bermula apabila wanita berkenaan secara spontan merakam dirinya sedang menikmati sushi di sebuah kedai makan. Namun, dalam video tersebut kelihatan kelibat seorang lelaki yang turut makan di meja berhampiran.

Niat asalnya hanya untuk berkongsi video santai makan sushi, tetapi siapa sangka munculnya lelaki itu dalam rakaman menjadi detik pertama yang akhirnya mengubah hidupnya selamanya.

Menerusi video yang dikongsikan, wanita itu berseloroh memperkenalkan lelaki tersebut kepada penontonnya seolah-olah mereka sudah kenal lama. Walhal, waktu itu mereka hanyalah dua orang asing.

Video berkenaan pernah tular pada tahun 2021, namun siapa sangka, empat tahun kemudian, kisah itu bersambung dengan pengakhiran yang sungguh manis.

Kini, lelaki yang dahulu hanya muncul sekilas dalam video random wanita itu, telah pun bergelar suaminya yang sah.

Video terbaru yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan perjalanan kisah cinta mereka, dari detik pertama pertemuan hingga kini bergelar pasangan suami isteri.

@nuwner

From Ahmad seorang cikgu to Ahmad is now my husband! Yeay Ur sushi girl just got married! ><

♬ original sound – ℒ

“Sebab tu aku suka record video time makan, manalah tahu kan…” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak dapat menahan rasa teruja dan terhibur dengan kisah cinta yang ‘tak sengaja’ ini.

Ramai yang meninggalkan komen lucu dan tak kurang juga yang berharap akan bernasib sama.

“Orang lain senang je, aku ni payah betul.”

“Ada sesiapa nak record saya tak?”

“Dulu tengok video first tu masa single, eh tengok video second pun masa single juga…”

“Dah 3 phrases saya tengok kisah akak dan Ahmad. Dari stranger, viral lagi as tunang, viral lagi as husband and wifeCongrats akak dan Ahmad, moga kekal hingga ke akhir hayat.”