
Pempengaruh Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina antara yang turut lantang menyatakan soladiriti terhadap saudara di Gaza, Palestin.
Kata Hafiz, sebagai individu yang punyai kelebihan pengikut di media sosial, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyampaikan wardah dengan cara berhemah dan menyuntik kesedaran kepada orang ramai.
"Berapa jumlah followers adalah bukan untuk kita bangga-banggakan sebaliknya itu jumlah yang kita bertanggungjawab untuk sebarkan perkara baik.
"Saya jarang bersuara tentang isu semasa, tetapi apabila berkaitan Palestin, saya rasa itu tanggungjawab sebagai orang Islam untuk terus sebarkan kesedaran," katanya.
