Rakaman Aksi Penari Separuh Bogel Di Bukit Bintang Raih Kecaman Netizen

25 Aug 2023 • 1:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Lagi insiden yang berkaitan dengan Bukit Bintang…

Terbaharu, aksi sekumpulan wanita yang mengenakan pakaian terlalu seksi dan kelihatan hampir separa bogel viral di media sosial.

Aksi sekumpulan penari yang didakwa menari di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi klip video yang dikongsikan di TikTok itu, penari-penari yang terdiri dalam kalangan wanita itu di hadapan sebuah kedai.

Trend menari yang dipanggil sebagai ‘ki dance re vhai’ itu merupakan antara persembahan sempena sebuah acara yang berlangsung di kawasan berkenaan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata memberikan respons negatif terhadap video berkenaan.

Ada dalam kalangan netizen yang meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap isu berkenaan.

Selain itu, ada juga yang seperti tidak percaya tarian sebegitu wujud di Kuala Lumpur.

Terdahulu, sebuah restoran manisan timur tengah yang terletak di hadapan pusat beli-belah Lot10 disita gara-gara beroperasi tanpa permit yang sah.

BACA: Ini Sebab Kenapa Kedai Manisan Timur Tengah Viral Di Bukit Bintang Disita​

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved