Rakaman CCTV dedah aksi lelaki ‘kait’ seluar dalam penduduk Jempol

10 Mar 2026 • 10:53 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

JEMPOL – Penduduk di sekitar Jempol berasa tidak selesa selepas tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai mencuri seluar dalam milik penghuni rumah di kawasan berkenaan.

Berdasarkan paparan masa pada rakaman CCTV, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.32 pagi.

Dalam video berdurasi 43 saat itu, seorang lelaki yang memakai seluar pendek dilihat memanjat pagar hadapan sebuah rumah sebelum bergerak dalam keadaan berhati-hati di kawasan perkarangan.

Lelaki berkenaan turut dilihat membawa sebatang kayu sebelum cuba “mengait” sehelai seluar dalam yang digantung di bahagian belakang tiang rumah tersebut.

Percubaannya berjaya apabila dalam tempoh kira-kira 10 saat, seluar dalam berkenaan berjaya diambil sebelum lelaki itu beredar dari lokasi kejadian.

Rakaman tersebut kemudian tular di media sosial dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat mengenai keselamatan di kawasan perumahan itu.

Setakat pukul 4.30 petang tadi, mangsa difahamkan masih belum tampil membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved