
Alza dilaporkan lawan arus lari dari pihak polis
Rakaman Dashcam Dedah Alza Lari Dari Pihak Polis Sebelum Bertembung Dengan Hilux Di Pan Borneo. Insiden tragis yang meragut lapan nyawa dan mencederakan dua lagi individu di Lebuhraya Pan Borneo, laluan Sarikei-Sibu, terus mencuri perhatian ramai.
Terbaharu, rakaman dashcam yang tular di media sosial mendakwa bahawa Perodua Alza hitam tersebut sedang melarikan diri daripada pihak polis dan bertindak memandu melawan arus sebelum pertembungan berlaku.

Berikut adalah kejadian yang berlaku sebelum insiden tragis tersebut.
Sebuah rakaman dashcam yang tular di media sosial, termasuk di platform TikTok, mendedahkan detik-detik sebuah Perodua Alza hitam dikesan memandu melawan arus di Lebuhraya Pan Borneo sebelum terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut lapan nyawa pada petang kejadian.
Menurut sumber, kenderaan tersebut dikatakan cuba melarikan diri daripada pihak polis, yang dipercayai sedang mengejarnya ketika insiden berlaku. Video berdurasi beberapa saat itu menunjukkan Alza hitam tersebut memecut melawan arus, sebelum ia bertembung dengan sebuah trak pacuan empat roda di laluan Sarikei-Sibu.


