
Grab Malaysia memperkenalkan siri dokumentari khas bertajuk “Rakan Grab Jelajah ASEAN”, menampilkan kisah sebenar rakan pemandu dan penghantar yang menjadi inspirasi kepada inovasi teknologi Grab di seluruh rantau Asia Tenggara.
Kolaborasi antara Grab Malaysia dan KS Lagi ini mengetengahkan semangat serantau yang mendukung kemajuan teknologi, komuniti dan kelestarian, seiring dengan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN tahun ini.
Wira Harian Di Sebalik Superapp Grab
Setiap hari, berjuta-juta rakan pemandu dan penghantar Grab bergerak di jalanan bukan sekadar untuk mencari rezeki, tetapi turut menjadi sumber inspirasi kepada teknologi yang dibangunkan oleh Grab.
Menurut Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia, pengalaman mereka di lapangan memberi idea kepada Grab untuk mencipta teknologi yang “dibangunkan khas untuk rantau ini, oleh rantau ini.”
Menjelajah Ke Tiga Negara, Cerita, Inovasi dan Inspirasi
Siri Rakan Grab Jelajah ASEAN yang dihoskan oleh Shahril Hamdan ini menampilkan tiga rakan Grab dari Malaysia yang dibawa menjelajah ke Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Bagi mereka, perjalanan ini membuka mata terhadap semangat sama yang dikongsi oleh rakan pemandu dan penghantar di seluruh ASEAN, bekerja keras demi keluarga dan komuniti, sambil beradaptasi dengan teknologi baharu.
“Walaupun bandar-bandar kita berbeza, semangatnya tetap sama. Teknologi menghubungkan kita semua dalam perjalanan yang dikongsi bersama,” kata Muhamad Syukri bin Ghazali, salah seorang rakan pemandu yang terlibat dalam siri ini.
Ketiga-tiga episod penuh akan ditayangkan secara eksklusif di platform media sosial KS Lagi.
Inovasi Dipacu Rakyat, Untuk Rakyat
Bagi Grab, pembangunan teknologi bukan sekadar soal kemudahan, tetapi juga tentang memperkasakan komuniti. Antara inovasi yang diperkenalkan termasuk:
-
AI Driver Companion – pembantu pintar yang bantu pemandu mengenal pasti permintaan dengan lebih cepat dan efisien.
-
AI Merchant Assistant – alat bantu perniagaan bagi memudahkan operasi dan menyokong pertumbuhan usahawan mikro serta PKS.
-
GrabMaps – sistem peta hiperlokal yang dibina berdasarkan data sebenar daripada pemandu dan penghantar, menjadikan navigasi lebih tepat.
Pendekatan ini selaras dengan usaha kerajaan-kerajaan ASEAN yang kini giat mengintegrasi kecerdasan buatan (AI)dalam strategi pembangunan nasional, termasuk di Malaysia dengan inisiatif Rang Undang-Undang Pekerja Gig dan promosi kenderaan elektrik (EV).
Komitmen Untuk Inklusif dan Lestari
Selain teknologi, Grab turut menekankan prinsip keterangkuman dan kelestarian, memastikan peluang pendapatan yang adil dan mampan untuk semua, termasuk wanita serta golongan OKU.
“Setiap perjalanan dan penghantaran adalah tentang individu sebenar serta kehidupan mereka. Tanggungjawab kami ialah memastikan teknologi menjadi pemangkin peluang dan pertumbuhan yang mampan,” tambah Adelene Foo.
Sebagai penutup tahun kepengerusian Malaysia dalam ASEAN, Grab menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh rantau ini melalui teknologi, inovasi dan kerjasama serantau, memastikan sumber pendapatan rakan kongsinya terus terlindung dan bersedia menghadapi masa depan digital.
The post Rakan Grab Jelajah ASEAN: Pemandu & Penghantar Jadi Tulang Belakang Inovasi Teknologi Serantau appeared first on Siakap Keli.




