
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Boleh dikatakan hampir setiap hari kita pasti akan ternampak pemandu dan penghantar makanan, Grab di atas jalan raya bukan? Tak kira keadaan cuaca sama ada panas mahupun hujan mereka tetap teruskan tugasan yang diamanahkan.
Tidak dinafikan, sejak kewujudan Grab, urusan seharian kebanyakan orang menjadi lebih mudah, sama ada ingin ke sesuatu lokasi, beli barangan atau pesan makanan serta membuat pembayaran semuanya boleh dilakukan di hujung jari dengan menggunakan satu aplikasi sahaja.
Lebih hebat lagi, Grab yang merupakan syarikat terkemuka di Asia Tenggara telah memberi peluang pendapatan kepada ramai orang di seluruh rantau ini. Antaranya di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan banyak lagi.
Grab dan KS Lagi terbitkan Rakan Grab Jelajah ASEAN
Terbaharu pada 21 Oktober, Grab Malaysia dengan kerjasama KS Lagi telah mengadakan majlis tayangan media bagi siri web bahagian ‘Rakan Grab Jelajah ASEAN’.
Siri ini menampilkan bagaimana Grab berkolaborasi dengan rakan pemandu dan penghantar tempatan untuk memanfaatkan pengalaman mereka di lapangan bagi membangunkan penyelesaian hiper-lokal yang memenuhi pelbagai keperluan komuniti di seluruh ASEAN.
Lebih menarik lagi, tayangan ini hadir ketika Malaysia menutup tirai Kepengerusian ASEAN setelah setahun yang dipenuhi dengan pelbagai acara serta program penting yang menonjolkan nilai ‘Keterangkuman dan Kelestarian’.
Shahril bersama 3 rakan Grab dari Malaysia teroka Indonesia, Thailand dan Vietnam
Siri tiga bahagian Rakan Grab Jelajah ASEAN ini menampilkan hos Shahril Sufian Hamdan bersama tiga rakan Grab dari Malaysia yang terpilih untuk menjelajah ke Bali di Indonesia, Bangkok (Thailand) dan Da Nang (Vietnam).
3 rakan Grab terpilih adalah:
- Muhamad Syukri Ghazali, 46, Jerantut, Pahang (Bali)
- Muhamad Aiman Muhamad Shamsudin, 26, Ipoh, Perak (Bangkok)
- Christine Wee Seow Ling, 49, Kemaman, Kuala Terengganu (Da Nang)
Kesemua rakan Grab ini bersama Shahril meneroka tempat-tempat menarik di sana selain merasai sendiri bagaimana pengalaman tempatan di lapangan terus memberi inspirasi kepada inovasi dan teknologi Grab di seluruh ASEAN.
Lebih mengujakan, ini merupakan pengalaman kali pertama buat ketiga-tiga rakan Grab dari Malaysia ini ke destinasi masing-masing.

Shahril rasa bertuah dapat menjadi sebahagian dari Rakan Grab Jelajah ASEAN
Menurut Shahril, beliau berasa sangat bertuah kerana menjadi sebahagian daripada siri web Rakan Grab Jelajah ASEAN bersama rakan-rakan Grab dari Malaysia dan luar negara.
“Saya sangat bertuah untuk menjadi sebahagian daripada cerita Rakan Grab Jelajah ASEAN dan kisah ketiga-tiga individu ini dan ketiga-tiga (rakan Grab) dari Bali, Bangkok dan Da Nang.
“Sebab saya rasa kisah ini mengenai rakan-rakan Grab baik dari Malaysia atau luar negara dan saya sangat bersyukur menjadi sebahagian daripada perjalanan ini,” katanya.
Dapat kenal rakan-rakan Grab dalam dan luar negara jadi detik bermakna buat Shahril
Berkongsi lanjut, Shahril berkata antara detik paling bermakna baginya semasa menghoskan siri ini adalah dapat mengenali latar belakang rakan-rakan Grab dan mempelajari bagaimana mereka yang berbeza kewarganegaraan ini saling berbual antara satu sama lain.
“Saya tertarik bagaimana seseorang itu bekerja dalam syarikat dan industri sama walaupun berbeza latar belakang serta kewarganegaraan selain tidak pernah berjumpa sebelum ini, mereka terus ada tema atau topik-topik perbualan yang cepat,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, beliau mengakui sering menggunakan perkhidmatan Grab semasa di luar negara dan ciri-ciri yang berbeza yang ada di dalam aplikasi sedikit sebanyak mempengaruhinya untuk mengenali serta menerokai rantau Asia Tenggara ini.
Jelasnya, sebagai contoh, ciri seperti Legend Merchant yang ada di dalam aplikasi Grab Indonesia amat memudahkan dirinya sebagai pelancong untuk mengetahui restoran-restoran lokal yang popular di sana selain feature Rent (sewa) GrabCar di Thailand pula sangat membantu dalam menjelajah ke tempat-tempat menarik yang ada.
Rakan-rakan Grab dari Malaysia teruja dengan Grab di luar negara
Dalam pada itu, Muhamad Aiman yang juga pemandu Grab sambilan menyatakan dia sangat tertarik dengan ciri Grab Assistant yang ada di Thailand kerana amat memudahkan ketika waktu kecemasan.
“Grab Assistant ini servis di mana kita boleh buat pembelian barangan dalam talian, sebagai contoh sekarang ini musim hujan dan kita terlupa bawa payung, jadi Grab Assistant boleh bantu kita belikan payung dan hantar kepada kita dalam masa lebih kurang lima minit sahaja,” ujarnya.
Dalam pada itu, Christine yang juga pemandu Grab sepenuh masa yang terpilih ke Da Nang pula menyatakan dia sangat teruja menaiki kenderaan-kenderaan Grab di sana kerana sangat cantik serta dalam keadaan bersih.
Bagi Muhamad Syukri yang dibawa ke Bali pula, pengalaman menaiki motosikal elektrik (EV bike) antara yang menyeronokkan dan sukar untuk dilupakannya.
Jelasnya, penggunaan E-skuter lebih efektif dan praktikal khususnya jika membuat penghantaran di dalam bandar selain menjimatkan kos minyak.


![“Jadi Depan Mata” – Tular Rakaman Cerun Runtuh & Pokok Tumbang Di Balik Pulau [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/environment.jpeg)
![Banjir Di Perak Makin Buruk, Lebih 2000 Mangsa Terjejas & R&R Taiping Ditutup [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![Tular Frozen Meat Sebenarnya Daging Kerbau, Ini Perbezaannya Dengan Daging Lembu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
