Rakan Senegara Terlibat Kes Langgar Lari, 13 Warga Nepal Ditahan Lepas Halang Lalu Lintas

LocalPolitics
15 Mar 2025 • 10:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiga belas orang individu warganegara Nepal telah ditahan polis di Teluk Intan, Perak malam tadi, lapor Berita Harian.

Difahamkan, kesemua warga asing itu ditahan polis kerana mereka telah berkumpul secara beramai-ramai di tengah jalan sehingga mengganggu lalu lintas di Changkat Jong.

Menurut Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin iaitu Ketua Polis Daerah Hilir Perak, kesemua mereka cuba merusuh selepas seorang rakan senegara mereka telah dilanggar lari di kawasan Batu 8.

Difahamkan juga, kesemua warga asing yang cuba merusuh itu bekerja di sebuah kilang di negeri itu.

image is not available

Kira-kira 1,000 pekerja asing yang bekerja di kilang berkenaan turun ke lokasi kejadian dan mengganggu lalu lintas.

Pihak polis kemudiannya telah ke lokasi tersebut untuk menenangkan situasi dan beberapa jam selepas itu, kesemua mereka kembali semula ke asrama mereka selepas keadaan kembali pulih.

image is not available

Namun, 13 daripada mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, tular di media sosial video yang memaparkan warga Nepal itu beramai-ramai berkumpul di tengah jalan raya sehingga kenderaan tidak dapat melalui jalan tersebut.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.