
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina digesa meletakkan jawatan selepas didakwa gagal menangani kenaikan harga bahan api dan kos sara hidup dalam satu protes pada Sabtu, lapor CNN.
Protes besar-besaran di ibu negara, Dhaka itu membuatkan puluhan ribu penunjuk perasaan turun ke jalanan, menggesa pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya baharu.
Difahamkan, bantahan besar-besaran yang bergelora di Bangladesh itu dianjurkan oleh parti pembangkang terbesar Bangladesh Nationalist Party (BNP) yang menggesa Hasina berundur.
Dalam pada itu, Hasina telah bertindak balas dengan menggelar pemimpin pembangkang sebagai ‘pengganas yang membakar’ dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membenarkan BNP kembali berkuasa.

Sementara itu, polis menahan dua pemimpin tertinggi BNP termasuk Setiausaha Agung Parti Mirza Alamgir dalam protes itu dan memaklumkan beliau sedang menghadapi pertuduhan, tanpa memberikan maklumat lanjut.
Difahamkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk ke arah penunjuk perasaan di hadapan pejabat BNP di ibu negara dan dilaporkan, sekurang-kurangnya seorang lelaki maut dalam kejadian itu.
Menurut satu laporan media kerajaan BSS, Menteri Penerangan dan Penyiaran Bangladesh, Hasan Mahmud berkata pihak berkuasa mempercayai lelaki itu maut selepas terkena letupan bom molotov yang dibuat perusuh.
Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya Bangladesh masih belum mengumumkan tarikh pilihan raya yang akan datang yang dijangka menjelang akhir 2023.
Liga Awami Bangladesh yang diketuai oleh Hasina, telah berkuasa sejak 2009. Hasina memenangi penggal ketiga berturut-turut sebagai Perdana Menteri pada 2018 dalam pilihan raya negara yang dicemari dengan keganasan maut serta dakwaan undi palsu.
Tindakan Hasina terhadap protes itu dikutuk sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa yang lain.
“Kerajaan prihatin harus memanggil perdana menteri secara terbuka untuk membenarkan warga Bangladesh bebas terlibat dalam aktiviti politik yang aman,” kata pengarah Human Rights Watch di Asia Selatan, Meenakshi Ganguly.
Sementara itu Duta Besar Amerika Syarikat ke Bangladesh Peter D. Haas berkata dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa pihaknya bimbang tentang laporan dan keganasan politik di sana.
Kedutaan itu menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dan melindungi kebebasan bersuara dan perhimpunan aman.
Thousands of people gathered at Dhaka to join an opposition rally chanting slogans against PM Sheikh Hasina pic.twitter.com/BRPxSokMKn
— Sam Jahan (@SJpapabear) December 10, 2022
Sumber: CNN
The post Rakyat Bangladesh Protes: Perdana Menteri Sheikh Hasina Digesa Letak Jawatan appeared first on Siakap Keli.


