
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan senarai penuh nama Timbalan Menteri di 27 Kementerian Kerajaan Perpaduan pimpinannya.
Antara yang dilantik mengisi salah satu jawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan yang ditugaskan sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Selepas pengumuman itu dibuat, beliau melalui satu ciapan yang dimuat naik di laman Twitternya sebentar tadi mengucapkan jutaan terima kasih di atas pelantikannya dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.
Ucapan terima kasih itu ditujukan kepada Perdana Menteri dan juga kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.
”Saya akan berikan khidmat yang terbaik, gigih bekerja demi rakyat & negara dengan berpegang kepada prinsip-prinsip yang mulia,” katanya.
Terdahulu, PM mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan akan memiliki dua Timbalan Menteri dengan seorang lagi yang dilantik adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, YB Steven Sim Chee Keong.
Kementerian Kewangan diketuai oleh Perdana Menteri sendiri sebagai Menteri.
Tkasih atas kepercayaan melantik saya sbg Timb Menteri Kewangan
dlm #KerajaanPerpaduanTkasih #PerdanaMenteri DS @anwaribrahim & TPM/Presiden #UMNO DS @DrZahidHamidi
Saya akan berikan khidmat yg terbaik, gigih bekerja demi #rakyat & negara dgn berpegang kpd prinsip2 yg mulia.
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) December 9, 2022
Sumber: Twitter Ahmad Maslan
The post “Saya Akan Berikan Khidmat Terbaik, Gigih Bekerja Demi Rakyat & Negara” – Ahmad Maslan appeared first on Siakap Keli.
