'Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta iklan, publisiti dibelanjakan dua kerajaan terdahulu'

LocalPolitics
28 Dec 2023 • 8:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fahmi

KUALA LUMPUR - Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Menerusi catatan di media sosial X hari ini, beliau berkata, perbelanjaan tersebut adalah sangat besar.

"Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta ini telah dibelanja, sama ada semua direkod dengan baik atau jika ada sebarang perkara yang langgar undang-undang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Persekutuan membelanjakan sehingga RM700 juta untuk kerja pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Perbelanjaan tersebut digunakan oleh dua pentadbiran terdahulu dalam menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved