Rakyat berhak tau! Fahmi mahu laporan RCI Tabung Haji segera didedahkan

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 10:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berpandangan laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) wajar didedahkan kepada umum bagi memastikan pendeposit, pencarum dan rakyat mengetahui hasil siasatan yang dijalankan.

Harap laporan dapat diterbitkan segera

Memetik laporan daripada Bernama, beliau menyatakan langkah itu selaras dengan prinsip ketelusan dan keadilan, selain memberi gambaran yang lebih jelas mengenai isu yang dibangkitkan sebelum ini.

“Ini atas prinsip ketelusan dan kita inginkan keadilan dan saya percaya dengan pengurusan dan pentadbiran Tabung Haji yang baharu, ia telah diletakkan pada kedudukan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
“Saya harap laporan ini dapat diterbitkan dalam masa dan kadar segera supaya dapat diteliti serta dibaca sepenuhnya oleh rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih MADANI di Felda Palong 1.

Image from: Rakyat berhak tau! Fahmi mahu laporan RCI Tabung Haji segera didedahkan

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan supaya laporan akhir RCI berhubung Tabung Haji didedahkan kepada umum bagi membolehkan orang ramai memahami keadaan sebenar yang berlaku berdasarkan hasil siasatan.

Image from: Rakyat berhak tau! Fahmi mahu laporan RCI Tabung Haji segera didedahkan

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI berkaitan Tabung Haji dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.

Menurut Anwar, keputusan untuk menerbitkan laporan berkenaan akan diteliti bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya pada Rabu depan.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved