RCI Tabung Haji: Jangan lindungi sesiapa jika terbukti bersalah - Asyraf Wajdi

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 7:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RCI Tabung Haji: Jangan lindungi sesiapa jika terbukti bersalah - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi

KUALA PILAH – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) tidak seharusnya berakhir dengan sekadar pendedahan, sebaliknya perlu disusuli tindakan terhadap pihak yang didapati bersalah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan tanpa mengira kedudukan atau pengaruh mereka.

"Eloklah sangat, maknanya yang penting dia kena ambil tindakan. Jangan hanya menimbulkan persepsi.

"Kalau benar ada yang pihak menyeleweng atau terlibat dalam apa juga bentuk penyimpangan dan rasuah, memang itulah yang telah lama dinantikan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi mesra di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Air Mawang dan Bazar Mara Air Mawang di sini, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sedia dedah laporan RCI Tabung Haji - PM

Kerajaan sepatutnya dedah laporan RCI Tabung Haji lebih awal - Rafizi

Akmal Saleh mohon Anwar tangkap, dakwa orang 'sakau' duit Tabung Haji

Menurut Asyraf Wajdi, pendedahan laporan berkenaan hanya akan memberi makna sekiranya pihak yang didapati bersalah dibawa ke muka pengadilan.

"Jangan hanya berlegar sekitar persepsi tetapi yang salah perlu dibawa ke muka pengadilan. Jangan ditutup siapa-siapa pun," ujar beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved