Rakyat Cina cedera daki Gunung Kinabalu

4 May 2024 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Seorang rakyat Cina berusia 30 tahun menjadi mangsa kelapan mengalami komplikasi semasa mendaki Gunung Kinabalu tahun ini selepas dia tergelincir dan terjatuh di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Sub Stesen Panalaban, Gunung Kinabalu, kira-kira jam 12.40 tengah hari.

“Kami menerima panggilan melalui Talian Balai dan satu pasukan dari 12 anggota diketuai Pegawai Operasi Feranideh Medi dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan tiba di lokasi, kita dapati ada seorang pendaki terseliuh dan bengkak kaki kanan ketika turun dari K.M 6.2 Gunung Kinabalu.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Malim Gunung membawa mangsa ke Sub Stesen Panalanban untuk mendapatkan rawatan awal. Mosar memberikan rawatan awal dan kemudian membawa turun mangsa menggunakan Robinson Stretcher ke Timpohon Gate,” katanya.

Menurut Ridwan, kira-kira jam 4.50 petang, mangsa selamat tiba di Timpohon Gate dan kemudian diserahkan kepada suaminya untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

Tambahnya, kes pada Isnin menjadi kes pertama bagi bulan Mei tahun ini, dan ke-8 bagi 2024.

Pada Januari, tiga pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu manakala pada Februari (2) dan Mac (2) kes serupa direkodkan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.