Rakyat Filipina didakwa seludup dua migran wanita

12 Jul 2023 • 5:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 46 tahun didakwa di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan menyeludup dua migran wanita Filipina.

Divina Gutierez Sanchez mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Faridz Gohim Abdullah atas kesalahan itu.

Divina didakwa menyeludup wanita Filipina tanpa dokumen berusia 25 dan 27 tahun itu, jam 7 malam pada 18 Nov 2022, di Kg Ambong, Kota Belud.

Pertuduhan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Faridz menetapkan 10 Ogos untuk pengurusan kes.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more Divina pertama kali dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk berdepan pertuduhan itu pada 30 Dis 2022 tetapi tiada pengakuan direkodkan daripadanya kerana kesalahan itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia pada 3 Mac tahun ini dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Tinggi berikutan permohonannya untuk ikat jamin dengan dia ditawarkan ikat jamin RM20,000 deposit RM10,000 beserta dua orang penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nur Faezah Jafry melakukan pendakwaan manakala Divina tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.