Kakitangan kerajaan didakwa guna kedudukan dapatkan rasuah

12 Jul 2023 • 5:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang kakitangan kerajaan berusia 52 tahun didakwa atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah.

Monica Gualin mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Selasa.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Monica sebagai Penolong Pegawai Daerah, didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan rasuah RM15,000 dan RM34,980 untuk saudaranya pada Mac 2020 di Kuala Penyu.

Pertuduhan menyatakan dia telah mencadangkan syarikat saudaranya untuk mendapatkan tender membekalkan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 di Kuala Penyu.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more Pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda dari nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 Sept tahun ini untuk sebutan dan Monica dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 deposit RM5,000 beserta seorang penjamin rakyat tempatan. Peguam Norbert Chin mewakili Monica.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.