Rakyat Kelantan Gagal Bayar Bil Air RM28.5 Juta Setakat September Ini

LocalPolitics
30 Nov 2022 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah laporan telah dikeluarkan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di mana sebanyak RM28.5 juta bil air tidak dibayar oleh rakyat Kelantan setakat 30 September tahun ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor memberitahu kerajaan negeri itu bagaimanapun belum mengambil apa-apa tindakan berkaitan perkara itu.

Difahamkan, pengguna domestik merupakan faktor utama berlaku tunggakan yang tinggi iaitu berjumlah RM18.4 juta.

image is not available

Selain itu, beliau turut memberitahu ianya juga disebabkan oleh masalah kewangan penduduk negeri itu pasca pandemik Covid-19.

Beliau berkata, tunggakan bil pengguna (aktif) AKSB hingga 30 September 2022 ialah RM28,543,688 dan jauh berkurangan berbanding dengan akhir 2021 (31 Disember 2021) yang berjumlah RM33,212,268.

Pihak AKSB telah melaksanakan langkah penguatkuasaan kutipan secara berterusan di seluruh jajahan, terutama sekali yang tiada masalah bekalan air bersih pada tahun ini serta menyediakan pelbagai medium kutipan termasuk melalui bank dan ejen kutipan.

Selain itu, Hilmi Abdullah (ADUN Guchil) ketika ditanya sama ada kerajaan mahu memberi bekalan air percuma kepada asnaf di Kelantan, dan beliau menjawab pihaknya sentiasa membantu penduduk yang memerlukan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.