Rakyat Korea Utara muak dengar lagu propaganda Kim Jong Un setiap hari

WorldPolitics
26 Sep 2024 • 9:55 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebahagian warga Korea Utara mengakui muak mendengar lagu puji-pujian terhadap pemimpin tertinggi, Kim Jong Un, yang dimainkan hampir setiap hari sejak beberapa bulan lalu.

Seorang warganya dari Wilayah Ryanggang dalam temu bual bersama Radio Free Asia (RFA) berkata, para penduduk di wilayah tersebut sudah mulai jemu mendengar lagu propaganda Kim Jong Un bertajuk “Friendly Father” dan memilih unttuk menjauhkan diri dari tempat-tempat yang memainkan lagu itu.

Lagu “Friendly Father” dicipta berinspirasikan dari propaganda mendiang bapa Kim iaitu, Kim Jong Il, dengan tajuk “Friendly Name”. Walaupun tajuk kedua-dua lagu itu berbeza, tetapi lirik lagunya memiliki banyak persamaan.

Difahamkan, lagu “Friendly Father” mula dimainkan sejak pertama kali diperkenalkan pada April lalu. Orang ramai akan dipaksa menyanyikan lagu itu sebelum memulakan satu acara. Lebih teruk lagi, lagu tersebut dimainkan oleh sebuah kenderaan dengan alat pembesar suara dan mengeliilingi tempat awam.

“Kanak-kanak dan orang dewasa sama ada di kedai, kilang, sekolah dan sebagainya diwajikan menyanyikan lagu ini bila ada kesempatan,” kata warga berkenaan.

Penduduk di Kota Hyesan yang terletak di sempadan berdekatan China juga mengakui sudah jemu. Kebiasaannya di taman awam, para penduduk akan berkumpul untuk menghabiskan masa untuk menjalankan aktiviti komuniti, menari, menyanyi, bermain atau bersenam. Namun, kebelakangan ini mereka memilih untuk beredar ketika pihak pengurusan taman memainkan lagu “Friendly Father”.

Mereka terus menghentikan aktiviti komuniti dan pulang ke rumah. Sedangkan sebelum lagu itu dimainkan, kawasan taman awam dipenuhi dengan para penduduk.

Propaganda Kim Jong Un teruk

Menurut seorang lagi penduduk di Wilayah Hamgyong Utara, propaganda Kim Jong Un lebih teruk jika dibandingkan dengan mendiang bap dan datuknya dahulu.

Lagu propaganda Kim Jong Il mahupun Kim Il Sung, tidak mewajibkan lagu tersebut dinyanyikan oleh orang taua, apatah lagi harus dimainkan di setiap awal sesi persekolahan.

“Mereka tidak memaksa orang untuk bernyanyi di setiap awal sesi persekolahan. Warga tua juga tidak dipaksa menyanyikan lagu itu seperti yang dilakukan oleh Kim Jong Un hari ini,” katanya. – Agensi