Rakyat M'sia Suka Nombor Pendaftaran Unik, Sebab Itu Kerajaan Berjaya Kutip RM45.9 Juta

LocalBusiness & Finance
24 Feb 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, rakyat Malaysia sememangnya menyukai nombor pendaftaran unik seperti GOLD, FFF, EV, PETRA dan MADANI.

Disebabkan nombor pendaftaran unik itu, kerajaan berjaya mengutip RM45.9 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang memintanya menyatakan jumlah diperoleh kerajaan hasil jualan NPI pada tahun lalu.

Menurutnya, sebahagian hasil kutipan itu akan digunakan untuk menampung pelbagai program untuk membantu golongan yang memerlukan.

image is not availableimage is not available

Malah, kesemua hasil kutipan jualan NPI tahun lalu disalurkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan di bawah Kementerian Kewangan.

“Kemudiannya sebanyak 50% disalurkan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk digunakan bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan seperti diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2024.

“Inisiatif dimaksudkan adalah MyLesen di mana kerajaan menanggung ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, Lesen Kenderaan Barangan (GDL), e-hailing dan teksi,” katanya di Dewan Rakyat.

image is not available

Inisiatif lain ialah pemberian topi keledar dewasa dan kanak-kanak dan subsidi tiket penerbangan bagi pelajar pengajian tinggi kerajaan bagi laluan domestik antara Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

image is not available

Melalui jualan NPI GOLD, MOT telah menaja 10% caruman pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.