Rakyat Malaysia Antara 8 Terkorban Dalam Nahas Helikopter Di Indonesia

17 Apr 2026 • 6:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rakyat Malaysia Antara 8 Terkorban Dalam Nahas Helikopter Di Indonesia

Jakarta -- Seorang warga Malaysia merupakan antara lapan orang yang terkorban dalam nahas helikopter persendirian di hutan Kalimantan pada Khamis.

Memetik CNBC Indonesia, pesawat Airbus milik syarikat tempatan, Matthew Air Nusantara itu terputus hubungan dengan pengawal trafik udara kira-kira lima minit selepas berlepas di wilayah Kalimantan Barat, awal pagi waktu tempatan.

"Kesemua lapan orang di dalam pesawat itu adalah lelaki dan salah seorang daripada mereka adalah warganegara Malaysia.

"Pasukan mencari dan menyelamat bersama telah berjaya mengesan lokasi nahas dan berdasarkan maklumat dari lapangan, semua penumpang dan anak kapal telah disahkan meninggal dunia," kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Lukman F. Laisa dalam satu kenyataan.

image is not available
Kredit: Detik.com

Pasukan penyelamat menemui mangsa nahas pada malam Khamis di Sekadau. Mayat-mayat tersebut telah diterbangkan ke Pontianak.

Sebelum ini, sebuah pesawat turboprop yang disewa oleh Kementerian Perikanan terhempas di sebuah gunung di pulau Sulawesi pada Januari dan mengorbankan 10 orang di dalamnya.

Baca juga:

Sementara itu, pada September 2025, sebuah helikopter yang membawa enam penumpang dan dua anak kapal terhempas di wilayah Kalimantan Selatan.

Nahas itu menyaksikan semua orang di dalamnya terkorban.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved