Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ogos merupakan Bulan Kebangsaan memandangkan rakyat Malaysia akan meraikan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos. Umum mengetahui perjalanan mendapatkan kemerdekaan merupakan perit jerih yang terpaksa dilalui oleh atok, nenek atau moyang kita.
Berkat usaha mereka, Malaysia terus membangun dengan maju termasuklah dari segi ekonominya apabila ramai usahawan daripada Malaysia terus melakar nama di persada dunia dengan jenama keluaran mereka.
Meskipun setiap di antaranya hadir daripada industri berbeza, namun kejayaan membawa nama Malaysia dengan produk tersendiri adalah sesuatu yang perlu dibanggakan!
Tanpa berlengah jom kami kongsikan kepada anda jenama lokal yang berjaya melakar nama di mata dunia.
#1 Royal Selangor

Sebut sahaja jenama ini pasti anda sudah terbayangkan barangan seperti dekorasi rumah, barangan dapur, figura serta banyak lagi yang saluti warna perak (silver).
Menurut First Classe, semuanya bermula pada tahun 1885 apabila seorang tukang timah muda bernama Yong Koon tiba di Kuala Lumpur Malaysia dari Shantou, China.
Pada tahun 1930-an Yong mula mengalih tumpuan apabila membuat produk gaya Eropah untuk British dan juga ekspatriat yang lain seperti:
- Kotak rokok
- Bekas abu rokok
- Pasu
- Teko dan barangan utiliti lain.
Keluarga Yong kemudiannya menjadikannya sebagai pendapatan sehingga berjaya membuka kedai di No.219 Jalan Pudu dan menukar nama dari ‘Yu He Zu Xi’ kepada Malayan Pewter Works.
Namanya sekali lagi ditukar kepada Selangor Pewter selepas anak kedua Yong Koon iaitu Peng Kai mula mengambil alih perniagaan bapanya dan berpindah ke Jalan Batu.
Barangan mereka kemudiannya mula dieksport ke luar negara seperti:
- Singapura
- China
- Jerman
- Denmark
- Jepun
- Australia
- United Kingdom

Selain itu, mereka turut mempelbagainan produk kepada reka bentuk, pembuatan serta barangan kemas dan perak sterling di bawah jenama Selberan dan Comyns.
Pada tahun 1979, sejarah tercipta apabila syarikat pembuatan barangan ini menerima Waran Diraja daripada Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan mereka kemudian menukar nama kepada Royal Selangor pada tahun 1992.
Jenama Royal Selangor ini juga pernah berkolaborasi dengan pelbagai nama besar seperti kumpulan LVMH, Walt Disney Company SEA serta Komik Marvel.
Royal Selangor kini mempunyai lebih daripada 40 cawangan di seluruh dunia seperti:
- China
- Jepun
- Singapura
- Australia
- Kanada
- Amerika Syarikat
- California
- United Kingdom
- Ireland
- Scotland
- Indonesia
- Vietnam
#2 Bonia

Jika berjalan-jalan di pusat membeli-belah pasti Bonia merupakan antara jenama yang sering anda lihat.
Masuk sahaja di dalam butiknya, kelihatan produk seperti pakaian, kasut dan aksesori yang dijual begitu mewah.
Bahkan jenama fesyen ini turut menjadi idaman para wanita dan lelaki. Ini kerana mereka tampil dengan pelbagai jenis koleksi yang membuatkan si pemakai kelihatan elegan dan klasik.
Jenama Bonia sudah mula berada di pasaran sejak tahun 1974. Bukan sahaja mewah jenama ini juga dikatakan ‘leather (kulit) expert’ sehingga menjadi trademark lagenda dalam industri fesyen.
Memandangkan ia terkenal dengan kulit, jenama ini telah tampil dengan pelbagai jenis produk menggunakan kulit seperti:
- Beg tangan
- Kasut
- Aksesori seperti jam dan banyak lagi.

Bukan hanya itu, rekaan monogram dari jenama ini juga sering menjadi perhatian peminatnya.
Selain Malaysia, jenama ini telah dipasarkan di beberapa negara seperti:
- Singapura
- Thailand
- Kembodia
- Vietnam
- Myanmar
- Indonesia
- Jepun
- Taiwan
- Kuwait
- Arab Saudi
Menurut Majalah Labur, jenama Bonia ini telah diasaskan oleh Chiang Sang Sem pada tahun 1974 dan beliau telah bekerja di kilang beg tangan bapa saudaranya di Pulau Pinang sejak berusia 15 tahun.
Beliau kemudian mengambil langkah berani dengan membuka sebuah kilang kecil di Singapura dengan pekerja seramai tujuh orang.
Selain Bonia, Chiang Sang Sem juga merupakan pengasas bagi beberapa lagi jenama lain seperti Carlo Rino dan Sembonia.
#3 Petronas

Setiap kali nak berjalan menaiki kenderaan atau motosikal, Petronas merupakan salah satu stesen minyak yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Petronas atau nama penuhnya Petroliam Nasional Berhad merupakan syarikat petroleum yang menguruskan minyak serta gas bumi Malaysia dan ia ditubuhkan pada tahun 1974.
Menerusi laman sesawangnya, pada tahun 1980-1989 penemuan gas pertama Petronas adalah di Lapangan Duyong, luar pesisir Terengganu serta mula membina saluran paip Penyaluran Gas Semenanjung sepanjang 2,632 kilometer untuk menyokong industri Malaysia yang semakin berkembang.
Bukan hanya itu pada dekad yang sama pelancaran rangkaian runcit Petronas yang luas, bermula dengan stesen minyak pertama di Kuala Lumpur.
Bermula pada tahun 1990-an, Petronas mula mengembangkan sayapnya apabila meneroka di luar sempadan Malaysia apabila menandakan pengoperasian antarabangsa pertama di Asia Tenggara dengan Vietnam dan meluaskan lagi usahanya ke Afrika bagi pengeluaran serta eksport minya dari Sudan.

Pada 1990-1999, dekad ini turut menyaksikan kemajuan yang pesat dalam infrastruktur dengan ketibaan kapal minyak mentah ikonik Bunga Keranji dan kapal LNG Petronas pertama, Puteri Intan daripada lima buah kapal LNG yang dirancang.
Manakala pada tahun 2000-2009 merupakan tahun yang menyaksikan perkembangan infrastruktur yang signifikan seperti:
- Pencecairan LNG ke-9 di Kompleks LNG Petronas (PLC) di Bintulu, Sarawak.
Perkara itu secara tidak langsung mengukuh kedudukan Petronas sebagai pembekal LNG yang boleh dipercayai di pasaran global.
Selain itu, Kilang Mega Metanol juga telah berjaya disiapkan dan ia sekali gus meningkatkan kapasiti pengeluaran PETRONAS Chemicals Methanol Sdn. Bhd sebanyak 1.7 juta tan setahun (mtpa).
Ini menjadikannya sebagai salah satu kemudahan pengeluaran metano yang terbesar di dunia dengan kapasiti keseluruhan lebih daripada 2.0 mtpa.
Apa yang lebih membanggakan, Petronas juga menjadi syarikat tenaga yang pertama di dunia memiliki dan mengendalikan dua kemudahan pengeluaran LNG terapung —PFLNG SATU dan PFLNG DUA— yang meneroka rizab gas terperangkap dan marginal dengan cara yang mampan.
Kini Petronas turut mengeksport minyak serta gas ke seluruh dunia, khususnya negara-negara Asia Pasifik.
#4 Mamee

Keropok atau snek Mamee Monster merupakan salah satu kesukaan ramai kanak-kanak. Rasa yang rangup dan terkenal dengan tren ‘renyuk dan goncang’ turut memberikan satu pengalaman indah buat kanak-kanak dan seisi keluarga.
Namun mungkin ada yang tidak tahu syarikat makanan dan minuman, Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd sebenarnya berasal dari Malaysia memandangkan ia telah mencipta nama di persada dunia.
Bukan sahaja Mamee Monter yang menjadi perhatian makanan snek dan produk lain juga turut diminati seperti:
- Mister Potato
- Double Decker
- Corntoz
- Mamee Chef
- Mamee (mi segera)
- Mamee Express Cup
- Stok Ayam
- Perasa Korea
- Cheers (air minuman)
Mamee mula ditubuhkan pada 1971 oleh Datuk Pang Chin Hin bersama dengan rakan kongsinya apabila mula membuka kilang kecil di Melaka untuk pembuatan mi segera.
Pada tahun 1972, produksinya mula mengeluarkan produk pertama Mamee iaitu:
- Mi segera Lucky
- Bihun
Tan Sri Pang Tee Chew kemudiannya menyedari penoreh getah menikmati mi segera terus dari paket tanpa perlu memasaknya dahulu.
Mereka kemudian tampil dengan produk snek mi rangup pada tahun 1974. Nama Mamee sebenarnya muncul daripada perkataan asal Mummy.
Kemudiannya pada thaun 1980, jenama ini sekali lagi tampil dengan produk baharu iaitu Double Decker dengan dua perisa seperti ayam dan udang.
Jenama ini sekali lagi menjadi perhatian apabila memperkenalkan snek kegemaran rakyat Malaysia, Mister Potato pada tahun 1992.
Pada 2012, Mamee mengeluarkan produk Mamee Chef yang menyajikan mi segera dengan menggunakan teknologi mi tarik dengan pelbagai perisa.
Selain itu pelbagai anugerah turut dimenangi jenama Mamee seperti:
- Frost & Sullivan Award
- Putra Brand Award
- Putra Brand Of the Year (2016)
- Deloitte Best Managed Companies Award 2021 & 2022
- Putra Brand Award Silver 2022
- Aeon’s Most Celebrated Partner 2022
- Putra Aria Brand Award Gold Foodstuff Catergory 2023
- Deloitte Best Managed Companies Award 2023
- HR Asia Best Companies to Work for in Asia 2023 (Malaysia)
- HR Asia Digital Transformation Awards 2023
- HR Asia Most Caring Company Awards 2024
- HR Asia Best Companies to Work for in Asia 2024 (Malaysia)
- Putra Brand Awards Silver in Food Category 2024
Lebih membanggakan jenama ini telak dieksport ke lebih 80 negara, termasuk:
- Jordan
- Australia
- Thailand
- Singapura
- Indonesia
- Myanmar
- Filipina
View this post on Instagram
#5 Jimmy Choo

Jenama Jimmy Choo bukanlah jenama yang biasa-biasa malah ia boleh dikategorikan sebagai jenama mewah di seluruh dunia berdiri setanding Gucci, Louis Vuitton dan sebagainya.
Meskipun bukan jenama lokal namun perekanya berasal daripada Malaysia iaitu Datuk Jimmy Choo. Buat yang tidak tahu Jimmy Choo merupakan seorang pereka kasut dan pernah membuatkan kasut untuk mendiang Puteri Diana sekitar tahun 1990-an.
Malah sejak itu nama jenamanya terus menjadi perhatian termasuklah di kalangan selebriti antarabangsa.
Jimmy Choo merupakan anak kelahiran Pulau Pinang, dan mula mengembangkan jenamanya sejak tahun 1980-an dari sebuah atelier di East London yang mengutamakan kasut tempahan khas.
Memetik laman sesawang Jimmy Choo, pereka terkenal itu kemudiannya membuka butik pertamanya di Motcomb Street, London.
Pada tahun 1998 jenamanya terus berkembang ke peringkat global dan membuka butik di beberapa tempat seperti:
- Madison Avenue
- Bandar New York
- Rodeo Drive
- Los Angeles
Sekitar tahun 2000-an jenama Jimmy Choo semakin mula dikenali apabila tersenarai dalam rancangan waktu perdana HBO iaitu Sex and the City.
Selain daripada kasut, jenama Jimmy Choo turut menghasilkan beberapa produk lain seperti:
- Beg tangan
- Minyak Wangi
- Cermin Mata
- Koleksi lelaki

Bahkan hasil usaha kerasnya, Jimmy Choo turut memenangi pelbagai anugerah seperti:
- Anugerah Jenama Pereka Terbaik daripada Majlis Fesyen British
- Anugerah ACE untuk Jenama Terbaik Tahunan daripada Majlis Aksesori
- Jenama Terbaik Tahunan (Brand of the Year) daripada Anugerah Berita Kasut Tahunan ke-22 di New York
Selain terkenal dengan rekaan kasut yang mewah, jenama Jimmy Choo ini juga sering menjadi dambaan peminat fesyen dan para wanita. Alah, kalau boleh nak ada satu dalam rak kasut.


