Rakyat Malaysia Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup Di Filipina Akibat Seludup Dadah

22 Nov 2025 • 11:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang warga Malaysia yang didakwa sebagai anggota Sindiket Dadah Antarabangsa Sam Gor dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan dalam kes penyeludupan dadah bernilai kira-kira RM840 juta.

Mahkamah Wilayah Cawangan 98 di Bandar Olongapo memutuskan bahawa tertuduh, Kong Ket Koon, bersalah atas kesalahan memiliki dadah berbahaya di bawah undang-undang antidadah Filipina.

Kong ditahan pada 20 Jun 2025 setelah kapal nelayannya, F/B Christeve, dikesan membawa 1.48 juta gram syabu dengan nilai keseluruhan mencecah RM840 juta ketika berada di perairan Calapandayan, Subic serta beberapa kawasan di Zambales.

Kes itu dianggap antara rampasan terbesar dalam operasi maritim Filipina.

Artikel berkaitan: Kereta Vellfire Digunakan Sindiket Dadah Di Thailand, Pemilik Kenderaan Diburu Polis Kelantan

Selain hukuman penjara seumur hidup, Kong turut diarahkan membayar denda sebanyak RM840,000 dan boleh dikenakan tambahan hukuman penjara sekiranya gagal melunaskan bayaran tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan bot nelayan yang digunakan dalam operasi penyeludupan itu dilucut hak kepada kerajaan Filipina.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA), sindiket Sam Gor yang dikaitkan dengan tertuduh merupakan kartel dadah yang pernah terlibat dalam beberapa insiden terdahulu, termasuk penemuan bertan-tan syabu terapung di perairan Bataan, Batanes, Cagayan, Ilocos Norte, Ilocos Sur dan Pangasinan.

Kartel itu dianggap antara rangkaian penyeludupan dadah paling berpengaruh di rantau ini.

Pihak berkuasa Filipina menyifatkan kejayaan menumpaskan cubaan penyeludupan ini sebagai kemenangan besar dalam perang menentang sindiket antarabangsa.

Ketua Pengarah PDEA, Isagani Nerez, berkata penyelesaian kes dalam tempoh lima bulan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa sistem keadilan negara itu berfungsi dengan tegas dan berintegriti dalam melindungi komuniti daripada ancaman dadah.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved