Rakyat Malaysia beruntung! RON95 RM1.99 seliter bukti PM Anwar tunai janji – Ahmad Maslan

LocalPolitics
28 Sep 2025 • 2:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rakyat Malaysia kini menikmati harga petrol termurah di rantau ini apabila RON95 dijual pada kadar RM1.99 seliter selepas subsidi diumumkan kerajaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, harga bahan api di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara jiran, termasuk Arab Saudi (RM2.61 seliter), Indonesia (RM3.22), Filipina (RM4.22), Thailand (RM5.68) dan Singapura (RM9.02).

image is not available

“Rakyat Malaysia beruntung kerana semua golongan mendapat manfaat, tanpa mengira pendapatan. Hanya bukan warga negara dan syarikat besar tidak layak.
“Ini menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tunaikan janji. Lama rakyat menunggu, dan akhirnya janji ini dapat ditunaikan,” katanya.

image is not available

RON95 RM1.99 seliter bukti PM Anwar tunai janji

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95) bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah di sebuah stesen minyak di Kampung Sungai Naga, Api-Api.

image is not available

Beliau menambah, perincian pelaksanaan subsidi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

“Ini jelas menunjukkan kerajaan komited memastikan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)