Rakyat Malaysia Buat Misi Jalan Kaki Ke Mekah Cedera Teruk Dipijak Jemaah Di Masjidilharam

Entertainment
14 Mar 2025 • 4:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang rakyat Malaysia dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dirempuh jemaah lain ketika beribadah di Masjdilharam dalam kejadian pada Rabu.

Mangsa, Muhammad Farhan Khadid, 34, bersama seorang lagi sahabatnya Shamsul Azrin Man, 43, adalah rakyat Malaysia yang menjalankan misi berjalan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Shamsul memaklumkan Farhan atau dipanggil Acik tidak sedarkan diri dan sedang mendapatkan rawatan di hospital berhampiran akibat dirempuh jemaah lain yang berebut untuk mencium hajar aswad.

image is not available

Menceritakan detik cemas itu, kejadian berlaku ketika mereka berdua sedang beribadah dan berdoa di depan Kaabah selepas solat Isyak.

“Ketika kami hendak beredar dari kawasan Hajar Aswad, ribuan jemaah menyerbu untuk mencium batu suci itu dan mereka merempuh kami. Kami terpisah dan jatuh ke lantai.

“Acik tidak sedarkan diri akibat dirempuh, namun Alhamdulillah, seorang jemaah Arab membantu mengangkatnya dari lantai ketika dia sedang dipijak,” katanya.

Akibat kejadian itu, Farhan mengalami kecederaan serius di bahagian lutut, kaki dan paha.

“Saya berharap Acik segera sembuh supaya kami dapat meneruskan ibadah umrah kerana kami dijadualkan pulang ke Malaysia pada 30 Mac ini,” katanya.

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Farhan dan Shamsul Azrin yang berasal dari Kedah memulakan misi berjalan kaki dari Bertam ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah pada 3 Februari lalu.

Dua sahabat ini mula berjalan kaki ke Mekah dari Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas di Pulau Pinang hingga ke Hatyai dan menaiki penerbangan ke Jeddah untuk ke Madinah dan Mekah bagi menunaikan umrah sepanjang Ramadan.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.