Rakyat Malaysia Di Palestin Dalam ‘Mode Siap Sedia’, Tunggu Masa Untuk Keluar Dari Gaza

23 Oct 2023 • 11:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kejadian yang menimpa penduduk Palestin memang amat memilukan. Sehingga kini, masih tiada kata putus yang diambil untuk meredakan situasi di sana. Sampaikan, bekalan dan sumber asas seperti elektrik dan makanan juga telah disekat oleh rejim Zionis.

Berikutan isu ni, Nurul Ain Haron, seorang sukarelawan Malaysia di Palestin menyatakan bahawa dia dan suaminya, Mohamed Adnan Shaat telah bersiap sedia untuk keluar dari negara itu selepas Lintasan Rafah dibuka bagi aktiviti bantuan kemanusiaan.

image is not available

“Perkembangan untuk keluar dari Gaza, saya masih menunggu. Saya on standby sebab apa yang dapat tahu hari ini (semalam), misi bantuan sudah dapat masuk dari sempadan Rafah.

Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah yang menyatakan bahawa permohonan untuk dia keluar dari Gaza sedang diproses. Walau bagaimanapun, dia dan suami tekad hulur bantuan pada warga Palestin sementara menunggu proses itu selesai.

“Sementara menunggu kami dapat dikeluarkan dari sini, saya dan suami masih meneruskan aktiviti menyalurkan bantuan hasil sumbangan rakan dan rakyat Malaysia serta Singapura.”

Namun, aktiviti bantuan itu jadi sukar disebabkan stok bekalan terhad dan harga yang mahal semenjak konflik ini melanda. Tambahnya lagi, walaupun lori bantuan dah dibenarkan masuk namun setakat ini, stok makanan masih belum sampai kepada penduduk.

Namun begitu, usaha yang jitu daripada Nurul Ain ni wajar dijadikan sebagai pembakar semangat oleh masyarakat untuk terus memberi bantuan pada mereka yang ditindas secara tak adil.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.