Rakyat Malaysia di pantai timur India dinasihatkan berwaspada susulan Siklon Dana

25 Oct 2024 • 9:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wisma Putra memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus memantau situasi dan memberikan kemas kini yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang tinggal atau melancong di kawasan timur India yang terjejas akibat Siklon Dana dinasihatkan agar berwaspada, mengelakkan perjalanan yang tidak perlu dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurut Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, siklon itu telah melanda antara Dhamra dan Bhitarkanika di Odisha, dengan keadaan cuaca buruk dijangka berterusan sehingga Jumaat.

"Kira-kira 1.1 juta orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan ribut di seluruh Odisha dan Bengal Barat apabila taufan itu mula melemah.

"Mereka yang memerlukan bantuan dinasihatkan supaya kekal berhubung rapat dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia,” kata kementerian itu.

Wisma Putra turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendaftar dengan E-Konsular bagi mendapatkan kemas kini dan sokongan yang tepat pada masanya.

Untuk mendapatkan bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi, melalui talian +91-11-2415 9300 / +91-11-2415 9311 (Konsular) / +91-11-2688 1538, atau melalui e-mel di mwdelhi@kln.gov.my.

Wisma Putra memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus memantau situasi dan memberikan kemas kini yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved