Rakyat Malaysia Dinasihati Daftar E-Konsular Sebagai Langkah Keselamatan Di Korea Selatan

4 Dec 2024 • 11:24 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti panduan pihak berkuasa tempatan.

image is not available

Foto: AFP

Menurut laporan BERNAMA, dalam kenyataan rasmi pada hari Rabu, kementerian memaklumkan bahawa situasi di Korea Selatan kini telah kembali pulih selepas undang-undang tentera ditarik balik di seluruh negara.

Rakyat Malaysia di Korea Selatan digalakkan untuk mendaftar melalui E-Konsular bagi memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat terkini dan bantuan yang tepat pada masanya.

Kedutaan Malaysia di Seoul yang terletak di alamat 129, Dokseodang-ro Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419 atau menerusi talian +82-2-2077 8600 atau +82-2-794 5488, atau melalui e-mel mwseoul@kln.gov.my bersedia membantu mereka yang memerlukan khidmat konsular.

image is not available

Foto: AFP

Sebelumnya, Agensi Berita Yonhap melaporkan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol telah mengumumkan penamatan undang-undang tentera pada awal pagi Rabu.

Keputusan ini berlaku selepas Dewan Negara meluluskan usul untuk menamatkan undang-undang berkenaan.

Kabinet telah meluluskan usul tersebut pada jam 4:30 pagi waktu tempatan, berikutan Presiden Yoon mendakwa pihak pembangkang ‘melumpuhkan’ kerajaan melalui aktiviti anti-negara.

Ketua Turus Bersama telah mengesahkan bahawa pasukan yang dikerahkan untuk melaksanakan undang-undang tentera telah kembali ke pangkalan masing-masing.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved