Rakyat Malaysia ditahan & dibuang kerja dari Arab Saudi, gara-gara posting kecam pentadbiran & gaya hidup masyarakat Arab

6 Nov 2023 • 9:47 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi didapati telah dibuang kerja dengan serta merta. Tindakan tersebut dibuat oleh majikannya gara-gara satu hantarannya di aplikasi X yang mengecam pentadbiran dan gaya kehidupan masyarakat negara itu.

Lelaki tersebut dikatakan mengulas satu hantaran berkaitan festival yang diadakan di negara tersebut berkait dengan gaya hidup mereka di sana.

image is not available

Walaupun hantaran tersebut dibuat menggunakan Bahasa Melayu, namun hantaran tersebut telah diterjemahkan oleh individu yang berasal dari sana.

image is not available

Difahamkan juga, lelaki tersebut bukan sahaja dibuang kerja, malah turut ditahan oleh pihak berkuasa di sana.

Susulan itu, beberapa individu meminta bantuan kerajaan dan memetik nama Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri untuk tindakan lanjut.

Menerusi beberapa komen, netizen menyatakan itu merupakan satu hukuman kepada lelaki tersebut supaya menghormati segala undang-undang dan peraturan di negara yang kita duduki.

image is not available
Reaksi daripada netizen Arab Saudi berhubung isu berkenaan.

Seperti negara Thailand juga, hukuman ini dikenakan kepada pesalah yang tidak mematuhi undang-undang negara tersebut.

Sebagai pengajaran kata netizen, sebagai orang luar yang berpeluang mencari rezeki di luar sana, kita lakukan apa-apa yang berkaitan dengan kerja sahaja tanpa perlu mengecam atau mengulas pentadbiran negara tersebut apatah lagi tanpa bukti dan fakta yang kukuh.

Semakan di jaringan X juga mendapati akaun X milik lelaki ini juga sudah dipadam.

Sumber: addien90