Warga Malaysia Didakwa Dipecat & Ditahan Gara-gara Komen ‘Sisi Gelap’ Arab Saudi

Entertainment
6 Nov 2023 • 3:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang warga Malaysia yang bekerja di Arab Saudi dipercayai telah ditahan sejak semalam oleh penguatkuasa di sana gara-gara memuat naik hantaran di media sosial yang didakwa berbaur fitnah mengenai negara tersebut.

Perkhabaran itu dinyatakan oleh seorang pengguna laman X yang memohon bantuan kerajaan untuk campur tangan mengenai penahanan individu terbabit.

Menerusi semakan di media sosial tersebut, individu itu mendedahkan beberapa perkara mengenai ‘sisi gelap’ negara terbabit.

Komen tersebut difahamkan merujuk kepada hantaran yang mendakwa Arab Saudi tidak prihatin terhadap nasib penduduk Palestin apabila tetap meneruskan festival muzik terbesarnya iaitu ‘Riyadh Season 2023’ yang berlangsung pada 28 Oktober lalu.

Susulan itu, individu terbabit dikatakan telah dipecat selepas netizen Arab Saudi melaporkan isu tersebut kepada pihak atasan.

image is not available

Isu ini telah meraih perhatian ramai, rata-ratanya bersimpati dengan nasib individu terbabit dan berharap kerajaan Malaysia dapat menyelesaikan perkara tersebut.

Dalam pada itu, seorang pengguna laman itu yang pernah belajar di Timur Tengah menasihatkan netizen agar berhati-hati dalam meluahkan pandangan yang dilihat sensitif tentang negara di sana.

Setakat artikel ini ditulis, Wisma Putra belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu terbabit.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.