Rakyat Malaysia mungkin sambut Hari Merdeka dalam jerebu

LocalEnvironment
28 Aug 2026 • 1:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rakyat Malaysia mungkin sambut Hari Merdeka dalam jerebu

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Malaysia dijangka berdepan cuaca berjerebu dengan jarak penglihatan terhad dalam tempoh 27 hingga 31 Ogos ini.

Keadaan itu diramal berlaku susulan pengaruh angin barat daya serta jumlah titik panas yang masih tinggi di selatan Sumatera dan barat Kalimantan.

Antara kawasan yang berpotensi terjejas melibatkan Sarawak, Sabah serta beberapa negeri di Semenanjung iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor selain Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip, memaklumkan, analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan beberapa kawasan di negara ini kekal berisiko mengalami keadaan tersebut.

Menurutnya, ramalan model kepekatan jerebu MyCMAQ menunjukkan Sarawak berpotensi menjadi kawasan paling terkesan.

“Sebahagian besar kawasan di Sarawak dijangka mengalami cuaca berjerebu pada tahap tidak sihat.

“Beberapa daerah juga berpotensi mencapai tahap sangat tidak sihat pada 30 dan 31 Ogos 2026, khususnya di Sri Aman,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Hisham berkata keadaan berjerebu di Sabah dijangka bermula pada 29 Ogos ini.

“Bagi Semenanjung Malaysia pula, kepekatan jerebu yang tinggi berpotensi berlaku terutama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 31 Ogos,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang memantau keadaan berkenaan secara berterusan dan ramalan akan dikemas kini berdasarkan perubahan cuaca serta keadaan atmosfera terkini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, media sosial jabatan itu serta aplikasi myCuaca. – KOSMO! ONLINE

The post Rakyat Malaysia mungkin sambut Hari Merdeka dalam jerebu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved