Sarawak, Putrajaya antara kawasan alami jerebu tebal hingga 31 Ogos

LocalEnvironment
28 Aug 2026 • 9:39 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sarawak, Putrajaya antara kawasan alami jerebu tebal hingga 31 Ogos

PETALING JAYA: Analisis model ramalan cuaca yang dipantau Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menunjukkan beberapa kawasan di negara ini kekal berisiko mengalami cuaca berjerebu dengan jarak penglihatan terhad bagi tempoh 27 hingga 31 Ogos ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, keadaan itu susulan pengaruh angin barat daya serta jumlah titik panas yang masih tinggi di selatan Sumatera dan barat Kalimantan.

“Ramalan model kepekatan jerebu MyCMAQ (Model Kualiti Udara Pelbagai Skala Komuniti Malaysia) menunjukkan Sarawak berpotensi menjadi kawasan paling terkesan dengan kebanyakan daerah dijangka mengalami cuaca berjerebu pada tahap Tidak Sihat.

“Beberapa daerah juga berpotensi mencapai tahap Sangat Tidak Sihat pada 30 dan 31 Ogos,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Hisham berkata, keadaan cuaca berjerebu dijangka berlaku di Sabah mulai Sabtu ini manakala kepekatan jerebu yang tinggi berpotensi berlaku di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 31 Ogos.

“MetMalaysia sedang memantau keadaan ini secara berterusan dan akan mengemas kini ramalan berdasarkan perubahan cuaca serta keadaan atmosfera terkini,” katanya. –UTUSAN

The post Sarawak, Putrajaya antara kawasan alami jerebu tebal hingga 31 Ogos appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved