Rakyat Malaysia pandai sesuaikan diri agar sentiasa sihat bila tiba musim jerebu

LocalHealth & Fitness
29 Sep 2026 • 6:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rakyat Malaysia pandai sesuaikan diri agar sentiasa sihat bila tiba musim jerebu

PETALING JAYA – Musim jerebu  kini menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia dan mereka sudah belajar menyesuaikan diri masing-masing agar sentiasa sihat.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia, Oktavianus berkata, masyarakat juga dilihat begitu cenderung untuk memahami apa yang berlaku pada tubuh mereka dan ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif.

Menurut beliau, perubahan ini sedang membentuk semula cara rakyat  menjaga kesihatan harian dan antara tabiat mereka adalah membaca label dengan lebih teliti, membandingkan produk dalam talian dan semakin kerap bertanya kepada pembantu kecerdasan buatan (AI) tentang pelbagai soalan.

“Antara soalan mereka adakah jerebu boleh menyebabkan batuk, atau apakah perbezaan antara batuk berkahak dengan batuk kering.

“Jadi disinilah peranan jenama produk yang sudah lama bertapak, ini bermakna kepercayaan yang dibina sejak berdekad lamanya perlu diiringi dengan kerelevanan serta maklumat yang jelas dan jujur,” katanya dalam kenyataan.

Image from: Rakyat Malaysia pandai sesuaikan diri agar sentiasa sihat bila tiba musim jerebu

Kalbe Malaysia Sdn Bhd adalah pengedar produk Sirap Batuk Pudina Woods’ di pasaran tempatan.

Oktavianus memberitahu, apabila musim jerebu, tiada satu penyelesaian tunggal untuk mengatasi masalah tersebut, tetapi ada banyak langkah kecil dan bijak yang boleh dilakukan.

“Harapan kami, rakyat Malaysia berasa lebih yakin untuk menjaga diri dan keluarga mereka, dan apabila mereka memerlukan legaan batuk, mereka dapat membuat pilihan yang bermaklumat. Itulah cara kami mahu terus mendapat tempat di rumah rakyat Malaysia untuk generasi akan datang,” terangnya.

Bila menyebut tentang Woods, ia telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini sejak turun-temurun dan ramai rakyat Malaysia masih ingat rasa pudina yang biasa sejak zaman kanak-kanak, dan hari ini generasi baharu ibu bapa pula mula mendekatkan  jenama tersebut untuk keluarga mereka sendiri.

Hubungan yang terjalin sekian lama ini telah membolehkan Woods’ menerima Anugerah Emas bagi kategori Kesihatan di Putra Aria Brand Awards (2025), anjuran Persatuan Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), yang mengiktiraf jenama berdasarkan pertumbuhan pilihan pengguna.

Oktavianus menerangkan, bagi jenama warisan, pengiktirafan yang datang terus daripada pengguna amat bermakna dan ini Ia menunjukkan bahawa kepercayaan yang dibina oleh generasi terdahulu terus dibawa ke hadapan.

“Ia juga mendorong kami untuk terus melabur dalam cara kami mendekati rakyat Malaysia, sama ada melalui pendidikan, platform baharu atau sekadar hadir dalam detik-detik yang penting bagi keluarga,” ujarnya.

Tambah beliau, apabila seseorang itu mengalami batuk, maka individu itu akan  memilih ubat berdasarkan kebiasaan atau cadangan rakan, tanpa menyedari bahawa tidak semua batuk adalah sama.

Batuk berkahak atau batuk produktif, mengeluarkan kahak atau lendir, manakala batuk kering terasa gatal dan tidak mengeluarkan kahak.

Oleh kerana setiap jenis batuk memerlukan cara legaan yang berbeza, mengenali jenis batuk anda ialah langkah pertama yang paling berguna.

Image from: Rakyat Malaysia pandai sesuaikan diri agar sentiasa sihat bila tiba musim jerebu

Bagi batuk berkahak, produk yang mengandungi ekspektoran seperti guaifenesin membantu melonggarkan kahak supaya lebih mudah dikeluarkan. Sebagai contoh, Sirap Batuk Pudina WOODS’ menggabungkan guaifenesin, yang berkesan untuk batuk berkahak, dengan pudina yang memberikan sensasi melegakan pada tekak.

Selain memilih legaan yang sesuai, tabiat harian yang mudah juga memberi perbezaan besar sepanjang musim jerebu.

Menyemak bacaan IPU di kawasan anda sebelum berada lama di luar rumah, mengurangkan aktiviti luar apabila kualiti udara tidak sihat, minum air secukupnya dan memakai pelitup muka yang sesuai apabila perlu dapat membantu mengurangkan pendedahan.

“Tiada satu penyelesaian tunggal untuk jerebu, tetapi ada banyak langkah kecil dan bijak yang boleh kita semua lakukan, harapan kami adalah rakyat berasa lebih yakin untuk menjaga diri dan keluarga mereka.

“Apabila mereka memerlukan legaan batuk, mereka dapat membuat pilihan yang bermaklumat. Itulah cara kami mahu terus mendapat tempat di rumah rakyat Malaysia untuk generasi akan datang,” terangnya. -KOSMO! ONLINE

 

The post Rakyat Malaysia pandai sesuaikan diri agar sentiasa sihat bila tiba musim jerebu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved