
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua juga mendoakan agar Malaysia sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keberkatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Baginda juga bertitah agar Malaysia dikurniakan keamanan yang berpanjangan serta dilindungi daripada segala bentuk musibah.
Pada hantaran sama, Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa syukur atas nikmat perpaduan dan keharmonian yang sekian lama terjalin dalam kalangan rakyat berbilang kaum serta menjadi asas penting kepada kekuatan dan kestabilan negara.
Sebagai makluman, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati pembentukan Malaysia pada 1963. – KOSMO! ONLINE
The post Perpaduan asas kekuatan, kestabilan negara – Agong appeared first on Kosmo Online.






