Rakyat Malaysia parah ditembak di Sungai Golok

2 Nov 2025 • 12:58 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia cedera parah dalam satu insiden tembakan di sebuah rumah di kawasan Suhang, Golok, Thailand, petang semalam.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 6.40 petang waktu Thailand.

Difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa yang berusia 33 tahun dengan suspek sebelum mangsa ditembak.

Mangsa, yang dipercayai berasal dari Pasir Mas, kini menerima rawatan di Hospital Suhang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut jurucakap polis Thailand, kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian mengenai masalah hutang antara mangsa dan suspek.

“Suspek dan mangsa dipercayai bertengkar sebelum kejadian tembakan berlaku. Polis turut merampas sepucuk pistol 9mm yang digunakan suspek,” katanya.

Polis Thailand kini giat memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian tersebut. - 2 November 2025

The post Rakyat Malaysia parah ditembak di Sungai Golok appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved