Fenomena Hujan Batu Landa Ulu Tiram Petang Ini

LocalEnvironment
31 Oct 2025 • 6:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Fenomena Hujan Batu Landa Ulu Tiram Petang Ini

Penduduk Ulu Tiram di Johor dikejutkan dengan kejadian hujan batu yang berlaku pada Jumaat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh orang ramai di media sosial, kejadian hujan batu itu berlaku sekitar jam 4 petang.

Salah seorang penduduk berkata ini merupakan pertama kali dia melihat fenomena cuaca tersebut.

@pawangjb

REZEKI ALLAH BAGI Seingst aku terakhir kali aku rasa air batu ni masuk mulut aku tahun 90an masa tu aku dan kawan-kawan bersiap nak main bola dekat padang.. Ada kawan cakap kepala dia Benjol kena batu sekali tengok laaa air batu rupanya. #Rezeki_Allah_Bagi

♬ bunyi asal – PAWANG JB – PAWANG JB

@diarijohor

Kejadian HUJAN AIR BATU di Ulu Tiram, Johor petang tadi! 4.15 petang, hari ini – suasana bertukar gelap tiba-tiba sebelum hujan turun bersama ketulan ais kecil. Ada penduduk sempat rakam momen ni — memang rare sangat berlaku kat Johor! Semoga semua selamat dan cuaca kembali reda

♬ original sound – DiariJohor – DiariJohor

Untuk pengetahuan, hujan batu berlaku ketika kejadian ribut petir yang kuat (severe thunderstorm) berserta hujan lebat dan angin kencang.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), apabila awan kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12km, suhu udara melepasi nilai ambang tahap beku dan membentuk ketulan-ketulan ais.

“Ais yang terbentuk di dalam awan turun bersama-sama hujan sebagai ketulan ais yang tidak sempat mencair sebelum sampai ke tanah,” katanya.

Selain itu, titisan hujan yang terbentuk sebagai ketulan-ketulan air batu kebiasaannya bersaiz kecil sekitar 1.5 cm iaitu sebesar guli

“Kejadian hujan batu ini lazimnya berlaku setempat (localised) iaitu kawasan yang berada di bawah awan kumulonimbus. Tempoh kejadian hujan batu juga agak singkat iaitu sekitar 10-20 minit sahaja,” ujar MetMalaysia lagi.

Terdahulu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa daerah di Johor. Ia melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sumber: TikTok Orang Awam