Rakyat Malaysia Sumbang RM31K Bantu Kos Kebumi Anak Sarawak Di Korea Selatan

28 Dec 2023 • 9:01 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terima kasih rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia Sumbang RM31K Bantu Kos Kebumi Anak Sarawak Di Korea Selatan. Seorang rakyat Malaysia, Nurhaslinda Abdullah, 30, telah meninggal dunia di Korea Selatan pada Isnin lalu akibat masalah jantung dan asma.

Beliau baru bekerja di sebuah kilang di sana sejak September lalu.

Abangnya, Abdul Hafiz Abdullah, 35, berkata adiknya sempat meminta dia membeli tiket untuk pulang ke Malaysia kerana tidak sihat dan sesak nafas.

image is not available
Rakyat Malaysia Sumbang RM31K Bantu Kos Kebumi Anak Sarawak Di Korea Selatan. Sumber: Harian Metro

Namun, sebelum sempat pulang, adiknya kritikal dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital lain.

Pihak keluarga menerima panggilan daripada kedutaan memaklumkan adik sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya yang tinggal di Kuching, Sarawak.

Abdul Hafiz berkata kos untuk membawa pulang jenazah adiknya terlalu mahal dan mereka terpaksa bersetuju untuk mengebumikannya di Korea Selatan.

Beliau berkata mereka masih memerlukan RM31,000 untuk urusan pengebumian dan berharap mendapat bantuan daripada orang ramai.

Beliau juga sudah menandatangani surat kebenaran dari kedutaan untuk membenarkan adiknya dikebumikan di sana.

Namun begitu, menerusi satu perkongsian terkini daripada ahli keluarga jenazah kos untuk pengebumian jenazah sudah pun mencukupi hasil sumbangan rakyat Malaysia.

image is not available

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/polis-buru-suspek-rogol-remaja-15-tahun-di-bau/

https://www.iloveborneo.my/jutawan-kuching-peroleh-rm28-juta/