Rakyat pelbagai lapisan ucap takziah buat Tun Mahathir

28 Sep 2026 • 11:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rakyat pelbagai lapisan ucap takziah buat Tun Mahathir

PETALING JAYA – Rakyat pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang tidak putus-putus menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan pemergian isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, pagi ini.

Ucapan itu antaranya dizahirkan menerusi ruangan komen pada hantaran di media sosial rasmi Tun Mahathir, @Chedetofficial, dengan orang ramai menitipkan doa serta kata-kata semangat buat Tun Mahathir dan seluruh keluarga.

Ruang komen di media sosial turut dipenuhi ucapan takziah dan doa agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Pada masa sama, media sosial turut dihujani ucapan takziah, bukan sahaja daripada barisan menteri dan kenamaan, malah rakyat yang menzahirkan kesedihan serta menitipkan doa buat Allahyarhamah.

Malah, mereka turut mendoakan agar Tun Mahathir sekeluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga Tun di tempatkan di syurga tanpa hisab. Salam takziah buat Tun M sekeluarga,” ucap pelakon dan penyanyi @Jannanick.

“Perginya seorang figura wanita terhebat, cinta hati Chedet. Semoga Allah mengurniakan kepada beliau syurga Firdaus yang tertinggi,” komen @Aisha.lompat.

“Perginya srikandi hebat yang sentiasa setia menyokong susah senang, pahit getir kehidupan seorang negarawan ulung Malaysia,” kata @Rafidah_mohd_arifin.

Terdahulu media melaporkan, Tun Siti Hasmah meninggal dunia pada pagi ini di Institut Jantung Negara.

Allahyarham Tun Siti Hasmah, menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak. – KOSMO! ONLINE

The post Rakyat pelbagai lapisan ucap takziah buat Tun Mahathir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved