Tiga doktor, satu amanah jaga Tun Mahathir

LocalHealth & Fitness
28 Sep 2026 • 10:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga doktor, satu amanah jaga Tun Mahathir

PETALING JAYA – Ketika rakyat Malaysia terus mendoakan keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, perhatian turut diberikan kepada tiga doktor yang setia berada di sisi beliau sepanjang menerima rawatan.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM), tiga petugas perubatan itu dilihat hadir bersama-sama bagi memastikan Dr. Mahathir mendapat pemantauan serta rawatan sebaiknya.

Menariknya, ketiga-tiga doktor berkenaan datang daripada latar kaum berbeza iaitu Melayu, Cina dan India.

PHM menyifatkan gambaran itu sebagai simbolik kepada kepelbagaian rakyat Malaysia yang bersama-sama mengambil berat terhadap keadaan tokoh negarawam itu.

“Seolah-olah tiga doktor ini sedang mewakili seluruh rakyat Malaysia.

“Di saat seluruh Malaysia bimbang melihat keadaan Tun, merekalah antara insan yang berada paling dekat, memantau dan memastikan beliau terus mendapat rawatan terbaik,” menurut perkongsian itu di Facebook.

Turut mendapat perhatian ialah aspek penjagaan kebersihan apabila petugas kesihatan berkenaan dilihat sentiasa mengambil langkah sanitasi tangan bagi mengurangkan risiko jangkitan ketika menjalankan tugas.

PHM turut menzahirkan penghargaan kepada petugas perubatan terbabit atas amanah dan komitmen mereka dalam menjaga Dr. Mahathir.

“Terima kasih, doktor-doktor kita. Terima kasih kerana menjaga Tun dengan penuh amanah dan kasih seorang petugas kesihatan.

“Malaysia hargai kalian,” menurut perkongsian tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga doktor, satu amanah jaga Tun Mahathir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved