Rakyat Pulau Pinang Semakin Tidak Sihat! Catat Kadar Obesiti Paling Tinggi Berbanding Negeri Lain

LocalHealth & Fitness
10 Feb 2025 • 5:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pulau Pinang

Pulau Pinang memang terkenal dengan syurga makanan dengan pelbagai hidangan yang menggoda selera. Sebut je Nasi Kandar, orang dah tahu dekat mana.

Namun, disebalik keistimewaan ini, timbul satu isu yang membimbangkan apabila kadar obesiti di negeri itu mencatat angka tertinggi berbanding negeri lain.

Data mengenai obesiti di Pulau Pinang

image is not available

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kadar berat badan berlebihan dan obesiti di Pulau Pinang kini berada pada 56.5%, mengatasi purata nasional sebanyak 54.4%.

Kolestrol tinggi juga lebih tinggi di Pulau Pinang iaitu 37.4% berbanding 33.3% secara nasional, dan 35.4% penduduk Pulau Pinang dikesan mempunyai tekanan darah tinggi, melebihi kadar nasional iaitu 29.2%.

Penyakit semakin meningkat

image is not available

Lebih membimbangkan, penyakit diabetes dikesan dalam kalangan 20.5% penduduk dewasa Pulau Pinang, berbanding hanya 15.6% secara nasional.

Selain itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly turut mengingatkan bahawa cabaran lebih besar bakal dihadapi dengan peningkatan populasi warga emas.

Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2035 apabila 15% daripada populasi akan berumur 60 tahun atau lebih. Pada tahun 2024, warga emas berumur 60 tahun ke atas sudah membentuk 11.6% atau sekitar 3.9 juta individu daripada jumlah penduduk.

Apa-apapun budaya hidup sihat perlu dipupuk bagi mengurangkan risiko penyakit kronik serta memastikan proses penuaan yang lebih sihat.

#ApaKataOhMedia

Dengan kadar obesiti dan penyakit tidak berjangkit yang semakin meningkat, masyarakat perlu sedar bahawa menjaga kesihatan bukan lagi pilihan tetapi keperluan. Kurangkan makanan berlemak, tingkatkan aktiviti fizikal, dan lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk hidup yang lebih sihat.


The post

appeared first on

.