Simpati Nasib Pelajar Sabah Sarawak, Sir Badang Mohon Harga Tiket Flight Dikurangkan

8 Jan 2024 • 2:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gara-gara tiket flight mahal, ada yang terpaksa melupakan hasrat untuk pulang ke kampung

Simpati Nasib Pelajar Sabah Sarawak, Sir Badang Mohon Harga Tiket Flight Dikurangkan. Sir Badang, seorang pendidik dan pengaruh media sosial yang prihatin dengan keadaan pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung, telah menyeru kerajaan supaya meneliti semula harga tiket penerbangan bagi membolehkan mereka pulang ke kampung halaman dengan lebih mudah.

Ini kerana menurut Sir Badang yang juga guru mata pelajaran Ekonomi dan Perniagaan, beliau amat memahami kesusahan kewangan yang ditanggung oleh para mahasiswa akibat kos tambang yang tinggi.

image is not available
Simpati Nasib Pelajar Sabah Sarawak, Sir Badang Mohon Harga Tiket Flight Dikurangkan. Sumber: Xtra

Walaupun terdapat pelbagai faktor di sebalik kenaikan harga tiket penerbangan, namun Sir Badang mencadangkan agar diberikan pengecualian khas buat para pelajar memandangkan kebanyakan mereka masih belum bekerja.

“Jika kita fikir secara logik, saya faham penetapan harga tiket penerbangan ini… Apabila kita pergi ke Sabah dan Sarawak, kita melalui laluan Singapura. Oleh itu ia menjadi mahal. Saya rasa sudah tiba masanya untuk kerajaan memberi pengecualian terutamanya kepada para pelajar,” kata Sir Badang.

Tambahnya lagi, adalah tidak masuk akal bagi para pelajar terpaksa pulang ke kampung halaman dengan membayar kadar tambang yang melambung tinggi, sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa menanggung rasa sedih kerana tidak mampu berbuat demikian.

Selain itu, Sir Badang turut menegaskan bahawa para pelajar tidak sepatutnya dibebani untuk menimba ilmu, justeru segala kemudahan dan akses khususnya untuk pulang beraya perlu disediakan.

“Kita tidak bercakap tentang pekerja, kita bercakap tentang pelajar. Jika akses untuk pelajar pulang ke kampung halaman atau ke fakulti adalah sukar…bagi saya, ini tidak wajar,” tegasnya.

Sir Badang seterusnya berharap agar pihak kerajaan dapat lebih prihatin dalam usaha membela kebajikan anak-anak perantau dengan menyediakan sistem pendidikan yang lebih telus.

“Sebuah negara yang baik adalah di mana pendidikan mudah diakses. Kerajaan yang baik adalah apabila kos pembelajaran untuk pelajar dapat dikurangkan. Inilah yang sepatutnya dan terbaik perlu dilakukan demi kejayaan para pelajar,” ulas Sir Badang lagi.

Jelas beliau, langkah melicinkan segala urusan pembelajaran dan kebajikan pelajar sudah memadai buat menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam menjalankan tanggungjawab sosial yang sewajarnya.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/airasia-harga-tiket-tetap-borneo-tahun-baru-cina/

https://www.iloveborneo.my/kerajaan-sarawak-bantu-tampung-kos-tiket-penerbangan-pelajar-ipt-ini-cara-mengisi-i-gps-2023/