‘Rakyat Sabah lebih bijak daripada pemimpin negara’ – Hadi Awang

LocalPolitics
17 Nov 2025 • 2:18 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan rakyat Sabah lebih bijak dan matang berbanding sesetengah pemimpin negara, ketika mengulas isu ‘roti’ yang tular selepas kenyataan seorang Exco Kedah baru-baru ini mencetus kecaman.

Menurutnya, rakyat di negeri itu tidak mudah diperdaya dengan kenyataan yang merendah-rendahkan mereka. Sebaliknya, mereka lebih sedar tentang isu besar membabitkan kepimpinan, ekonomi dan maruah negara.

“Orang Sabah lebih cerdik daripada pemimpin negara. Orang Sabah makan roti, tapi ada pemimpin yang jual negara berbilion,” katanya ketika berucap dalam ceramah kempen PRN Sabah ke-17.

Baca juga:

Beliau menegaskan, isu kecil seperti itu tidak wajar diperbesar sedangkan hal lebih penting seperti pengurusan aset dan hutang negara terus diabaikan.

Sindiran terhadap pemimpin alih perhatian rakyat

Hadi turut menyindir segelintir pemimpin yang gemar mencipta isu kecil bagi menutup kelemahan sendiri. Katanya, memperbesarkan hal remeh seperti itu hanya menampakkan ketandusan idea dan nilai dalam politik semasa.

“Dok sibuk hal kecil, tapi lupa negara kita tergadai oleh tangan-tangan pemimpin sendiri. Ini yang rakyat kena sedar,” ujarnya.

Beliau menambah, rakyat Sabah jauh lebih matang, berpendirian teguh dan mampu menilai keikhlasan pemimpin.

“Mereka tahu beza antara kejujuran dan sandiwara politik,” katanya.