Rakyat saran PM Anwar berehat usai Sidang ASEAN Ke-47 -“Terima kasih PMX”

LocalPolitics
29 Oct 2025 • 10:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rakyat Malaysia menyarankan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berehat usai Sidang ASEAN Ke-47.

Saranan tersebut dapat dilihat menerusi hantaran yang dikongsikan Anwar di media sosial rasmi beliau apabila memuat naik gambar membuka cermin mata di dalam kenderaan rasmi tanpa sebarang kapsyen ataupun lagu seperti selalu.

Gambar usai Sidang ASEAN Ke-47

Beliau hanya meninggalkan tanda noktah tanpa sebarang penjelasan mengenai hantaran terbabit.

image is not available

Rakyat nasihat PM ambil masa berehat selepas sidang ASEAN Ke-47

Kebanyakkan warganet telah menasihati agar Perdana Menteri mengambil masa untuk berehat buat seketika selepas mengharungi jadual yang agak padat sejak kebelakangan ini.

Tambah mereka, usaha yang ditunjukkan Anwar terhadap masa depan negara cukup membanggakan dan berharap supaya beliau terus diberi kesihatan yang baik untuk mentadbir urus Malaysia.

image is not available

Terima kasih untuk semuanya PMX

image is not available

Anda buat Malaysia bangga!

image is not available

Sebak tengok gambar ni

image is not available

Difahamkan, usai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur yang mana Malaysia menjadi pengerusinya, Anwar akan ke Korea Selatan pula bagi menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Beliau dijangka akan tiba sekitar dua hari lagi.

Sumber: Instagram anwaribrahim_my