Rakyat selesa dengan calon PH, selalu turun padang

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rakyat selesa dengan calon PH, selalu turun padang

SEREMBAN – Rata-rata penduduk menyenangi keperibadian calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Muhammad Nazri Kassim selain mereka ya­kin kerusi tersebut dapat dipertahankan PH buat tiga penggal berturut-turut.

Seorang peniaga, Mohd. Ali Hanafiah, 45, berkata, Muhammmad Nazri yang mesra disapa Tok Naz atau Haji Nazri sudah lama terlibat turun padang membantu masyarakat di sini dan merupakan anak jati Ampangan.

“Jadi tidak hairanlah masyarakat di sini selesa dengan Muhammad Nazri, tambahan pula telah banyak pembangunan dilakukan PH sepanjang meme­gang pentabiran di Negeri Sembilan terutama di Ampangan.

“Saya tetap akan pilih PH kerana banyak masalah rakyat di Ampangan telah diselesaikan terutama isu banjir, jika tidak sebelum ini setiap kali hujan penduduk risau rumah dinaiki air.

“Bagi saya, tidak kisah siapa pun calon bertanding saya tetap akan memilih PH, Haji Nazri pula dah lama kenal kerana beliau merupakan rakan lama arwah ayah,” katanya ketika ditemui di Medan Selera Benteng @ Ampa­ngan, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Muhammad Nazri berkata, beliau membawa pendekatan kempen berkunjung dari rumah ke rumah bagi memahami dengan lebih dekat isu dan keperluan penduduk.

“Saya suka mendengar, memahami masalah rakyat dan berfikir seterusnya mencadangkan penyelesaian terbaik.

“Bagaimanapun tidak semua pandangan boleh dilaksanakan segera atau segera keseluruhan, kita akan pertimbangkan mana yang sesuai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Rakyat selesa dengan calon PH, selalu turun padang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved