Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh Terengganu untuk mengadakan solat hajat khas pada Jumaat ini bagi mendoakan kesejahteraan serta kesihatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Berdasarkan laporan yang dimuat naik menerusi portal rasmi Kerajaan Negeri Terengganu, solat hajat tersebut akan dilaksanakan sejurus selesai Solat Jumaat di semua masjid di negeri berkenaan.
View this post on Instagram
Sementara itu, bagi surau, solat hajat berkenaan akan diadakan selepas solat Isyak pada 24 Julai ini.
Pelaksanaan solat hajat itu bertujuan memohon kepada Allah SWT agar Sultan Mizan dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.
Sehubungan itu, JHEAT meminta semua jawatankuasa pengurusan masjid dan surau memberikan kerjasama dengan melaksanakan arahan tersebut mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.
Orang ramai juga diseru untuk hadir dan bersama-sama menyertai solat hajat berkenaan sebagai tanda kasih, taat setia serta doa yang berterusan buat Sultan Terengganu. – UTUSAN MALAYSIA
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Usir Rakyat Isra*l Dari Malaysia, Ahli Kongres AS Desak Bantuan Tentera Malaysia Digantung
The post Rakyat Terengganu Diseru Hadir Ke Majlis Solat Hajat Di Masjid, Surau Bagi Mendoakan Kesihatan Sultan Mizan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






